“Saya Takut Anak Salah Pilih Kawan” – Engku Emran Dedah Kebimbangan Terbesar Besarkan Anak Remaja

Family & Parenting
24 Jul 2026 • 1:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan, Engku Emran berkongsi kebimbangan terbesar yang dihadapinya sebagai seorang bapa kepada anak remaja, iaitu apabila anak tersalah memilih rakan.

Menerusi penampilannya dalam Podcast Hello Sihat, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, pergaulan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan masa depan seseorang.

Advertisement

Menurutnya, pengalaman hidup sendiri membuatkan dia percaya bahawa berada dalam kelompok yang salah boleh membawa kesan negatif yang besar.

“Apa yang saya takutkan adalah apabila anak salah memilih kawan. Kita pernah alami perkara ini apabila kita bercampur dengan kelompok yang salah.

“Ia boleh memberi kesan yang sangat buruk terhadap masa depan mereka.

“Jadi, itu adalah kebimbangan terbesar saya pada ketika ini.”

Atas sebab itu, Emran mengambil pendekatan untuk mengenali setiap rakan rapat anak perempuannya, selain berusaha menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa mereka.

View this post on Instagram

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan anaknya sentiasa berada dalam persekitaran yang positif dan selamat.

“Saya pastikan saya mengenali semua rakan-rakannya, terutama ibu bapa mereka. Saya akan cuba berkawan dengan ibu bapa mereka.

“Adalah sangat penting, untuk kita bukan sekadar melihat apa yang berada di depan mata. Tetapi apabila kita memerhati, kita akan mula menilai, menganalisis dan berfikir.”

Untuk rekod, Engku Emran dan pelakon Erra Fazira mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai secara baik pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 17 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Saya Takut Anak Salah Pilih Kawan” – Engku Emran Dedah Kebimbangan Terbesar Besarkan Anak Remaja2026-07-23 16:01:28

"Nampak Sangat Nak Elak Cukai" - Netizen Persoal Kaedah Pembayaran Kedai Pizza Milik Jofliam

The post “Saya Takut Anak Salah Pilih Kawan” – Engku Emran Dedah Kebimbangan Terbesar Besarkan Anak Remaja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved