“Saya Terbuka Bekerjasama & Kembangkan Pengaruh Muzik” – Hampir 15 Tahun ‘Hilang’, Waheeda Akhirnya Buat ‘Come Back’!

Music
26 Oct 2023 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang tidak kenal dengan penyanyi ayu manis bernama Waheeda yang dahulunya pernah menambat hati rakyat Malaysia dengan suara yang merdu.

Difahamkan, selepas hampir 15 tahun ‘menghilang’ dari industri seni, tuan empunya badan berkata kini sudah bersedia untuk kembali aktif dalam arena muzik tempatan.

Waheeda berkata dia kembali dalam industri muzik untuk dikenali sebagai komposer, pemuzik dan pencerita melalui lagu-lagu yang dihasilkan.

Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut memberitahu sepanjang tempoh berehat, dia telah mengasah bakatnya dalam pelbagai alat muzik seperti biola dan juga memantapkan kemahiran dalam bermain piano.

Sekadar info, Waheeda berehat seketik dari dunia hiburan pada tahun 2009 selepas saja dirinya mengahwini penyanyi serta penceramah terkenal, Ustaz Akhil Hayy.

image is not available 3 months ago

"Banyak Kena Tuduh.." - Suami Didakwa Punca Tidak Aktif Bernyanyi, Waheeda & Akhil Hayy Bersuara