“Saya Terima Hakikat…” – Selepas 10 Tahun Berdiam Diri, Vince Chong Dedah Disahkan Bipolar Jenis 2

Health & Fitness
24 Jul 2026 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas hampir sedekad menyimpan kisah peribadinya, penyanyi Vince Chong akhirnya terbuka berkongsi mengenai perjuangannya berdepan gangguan bipolar demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mendapatkan bantuan profesional.

Pendedahan itu dibuat oleh juara Akademi Fantasia musim pertama berusia 47 tahun tersebut menerusi program Kita Kita Aje Podcast bersama Datuk Aznil Nawawi.

Advertisement
View this post on Instagram

Vince berkata, dia disahkan menghidap bipolar jenis 2 pada tahun 2015 selepas ahli keluarganya menyedari perubahan emosi yang ketara dalam dirinya.

“Kakak saya mula menyedari selepas menonton program mengenai bipolar membabitkan penyanyi Hollywood, Britney Spears.

“Keluarga kemudian meminta saya berjumpa pakar psikiatri dan selepas pemeriksaan, saya disahkan menghidap bipolar jenis 2.

“Saya sangat berterima kasih kepada kakak kerana jika bukan disebabkan dia, mungkin sehingga hari ini saya tidak tahu keadaan sebenar saya,” katanya.

Mengimbas kembali fasa kemurungan yang pernah dilalui, Vince berkata dia lebih selesa mengasingkan diri dan mengelak daripada bertemu orang ramai kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan sendiri.

Pada peringkat awal, Vince mengakui sukar menerima hakikat bahawa dirinya berdepan masalah kesihatan mental sehingga melalui fasa penafian.

View this post on Instagram

Vince kemudian menjalani rawatan dan mengambil ubat bagi membantu menstabilkan emosinya. Bagaimanapun, dia berkata sudah tidak lagi bergantung kepada ubat sejak kira-kira empat atau lima tahun lalu.

Perubahan gaya hidup seperti mendapatkan tidur yang mencukupi, bersenam dan memberikan keutamaan kepada keluarga turut banyak membantu memperbaiki keadaannya.

Dalam masa sama, Vince menyifatkan isterinya, Fiona Edward, sebagai insan yang tidak pernah meninggalkannya meskipun terpaksa berdepan perubahan emosinya.

@kitakitaajepodcast

“Saya rasa tak selesa nak pergi mana-mana.” Ada perjuangan yang orang tak nampak, dan ada hari-hari yang hanya diri sendiri tahu betapa sukarnya untuk dilalui. Apa sebenarnya yang Vince lalui selama ini? Ikuti perkongsiannya dalam Kita-Kita Aje Podcast. ? Khamis | 23 Julai 2026 ? 8.00 malam #KitaKitaAjePodcast #Vince #PodcastMalaysia

? original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

Vince berharap perkongsiannya dapat membantu individu yang mengalami simptom sama supaya tidak takut untuk mendapatkan bantuan daripada pakar.

Menurutnya, gangguan bipolar bukan alasan untuk seseorang menyerah kalah, sebaliknya perlu ditangani melalui rawatan yang sesuai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

engku emran2026-07-24 13:37:11

“Saya Takut Anak Salah Pilih Kawan” - Engku Emran Dedah Kebimbangan Terbesar Besarkan Anak Remaja

The post “Saya Terima Hakikat…” – Selepas 10 Tahun Berdiam Diri, Vince Chong Dedah Disahkan Bipolar Jenis 2 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved