“Saya Terima Saja Apa Orang Nak Kata..” – Bukan Sengaja Mengantikan Ernie Di SFMM, Nadeera Jadi Mangsa Kecaman

Music
15 Dec 2023 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini kontroversi berkenaan lagu Astana yang dipertandingkan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) musim ke-38 itu telah berjaya meraih perhatian netizen di media sosial.

Menurut penyanyi Nadeera yang menggantikan penyanyi Ernie Zakri untuk membawa lagu tersebut, dirinya akan menerima sebarang keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka. Katanya, dia tidak tahu tentang isu disebalik lagu ini ketika dirinya mendapat tawaran tersebut.

Saya anggap undangan untuk menyanyikan lagu tu sebagai satu rezeki dalam kerjaya saya.

Saya hormat Ernie, dia seseorang yang sangat berbakat. Saya terima saja apa orang nak kata. Dia ada kelebihan dia, saya pun ada kekurangan sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official _Nadeera (@official_nadeera)

Tambahan pula, Nadeera juga sedia tahu tentang kemungkinan Ernie akan menarik diri dari pertandingan tersebut jika gagal menemukan jalan penyelesaian. Namun, apapun hasil rundingan, dirinya akan menerima dengan baik.

Sebelum ini, sebuah pengumuman dari syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment tular ketika memberitahu bahawa lagu Astana itu akan dibawa oleh Nadeera dan bukannya penyanyi asal, Ernie Zakri.

image is not available 14 hours ago

"Ini Di Luar Pengetahuan Saya" - Lagu Astana Bakal Dinyanyikan Nadeera, Ernie Zakri Mungkin Undur Diri Dari SFMM38

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved