“Saya Teringin Bun*h Pemandu Tu” – Anak Dalam Kandungan Maut, Rahim Isteri Pecah, Luahan Mangsa Kemalangan Undang Simpati

14 Dec 2022 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam menunjukkan kemalangan melibatkan kereta yang bertembung dengan sebuah lori lebih muatan dan dipandu secara bahaya di laluan Gerik-Jeli.

Kereta tersebut dinaiki sepasang suami isteri dan kemalangan itu telah meragut nyawa bayi sulung mereka dalam kandungan berusia 34 minggu sementara si isteri pula mengalami kecederaan parah di bahagian rahim, tulang belakang dan tulang rusuknya.

image is not available

Luahan hati mangsa kemalangan yang telah menyebabkan isterinya parah dan anak sulungnya maut itu meraih perhatian dan simpati netizen selepas ia dimuat naik di Facebook.

Malah, jelasnya tiada seorang pun daripada pihak syarikat yang menghubunginya untuk bertanya khabar selepas insiden itu atau memohon maaf kerana apa yang telah berlaku.

Mangsa turut menceritakan tentang keadaan isterinya yang menangis kerana kehilangan anak dan dalam masa yang sama perlu menahan sakit yang dialaminya.

Kamu telah memusnahkan keluarga kami, setiap hari saya melihat isteri saya menangis dan saya melihat luka pada badannya dan gambar arwah baby kami.”

Dia turut berharap pihak syarikat tersebut tidak hanya berdiam diri dan tampil memberikan penjelasan tentang muatan berlebihan dan pemandu yang memandu secara bahaya.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk ambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

“Ayah Minta Maaf Nak.." - (VIDEO) Lelaki Meraung Hilang Isteri, Anak & Ibu Bapa Lepas ‘Accident’ Undang Sebak