“Saya Tertanya-Tanya Jika..” – Ramai Orang Tak Tahu, BIBI Dedah Perangai Sebenar Song Joongki

Music
12 Oct 2023 • 10:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tuah BIBI kerana dapat berlakon dalam filem pertamanya bersama pelakon hebat, Song Joong-ki.

Baru-baru ini, BIBI atau nama sebenarnya Kim Hyung-seo, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tayangan filem “Hopeless”, di mana wanita itu berkongsi pengalamannya bekerja dengan Song Joong-ki.

Pada awalnya, penyanyi lagu “BIBI Vengeance” itu berkata,

Dia banyak menjamu kami dengan hidangan. Terima kasih kepadanya, kami menikmati semua makanan yang lazat di set. Walaupun saya tiada banyak adegan bersamanya, dia selalu datang ke set. Ada kalanya dia datang hanya untuk belikan kami makanan. Dia layan kami dengan baik sehingga saya tertanya-tanya sama ada saya akan bekerja dalam persekitaran yang baik lagi seperti ini.

Tambah BIBI lagi dengan mendedahkan peribadi sebenar Song Joong-ki,

Song Joong-ki memang seorang yang baik dan hebat. Saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia.

image is not available

Jelasnya lagi,

Dia sentiasa tersenyum dan menjaga semua kakitangan dengan baik. Dia tegas apabila perlu namun lembut terhadap mereka yang memerlukan. Dia benar-benar hebat.

Patut la ramai sayang Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.