“Saya Tertekan” – Sering Dituduh Mandul Oleh Suami, Wanita Tekad Hamil Hasil Hubungan Dengan Lelaki Lain

Family & Parenting
25 Aug 2022 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian di Twitter baru-baru ini telah berjaya mencuri perhatian netizen apabila seorang pakar perubatan mendedahkan bahawa terdapat seorang wanita bergelar isteri datang untuk menggugurkan kandungan hasil hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Difahamkan, wanita itu sudah berkahwin selama lima tahun dan dituduh mandul oleh suaminya kerana masih lagi gagal mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Cerita individu itu lagi, suami wanita itu juga tidak pernah ikut melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.

Berikutan cemuhan yang diterima setiap hari oleh suaminya, wanita itu kemudian membuat keputusan di luar jangkaan apabila dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga hamil.

Namun begitu, pakar perubatan tersebut enggan menggugurkan kandungan tersebut kerana tiada masalah kesihatan dan merujuk wanita berkenaan kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.

Maaf, tiada sebab untuk digugurkan. Mereka dirujuk kepada kaunselor untuk cari jalan penyelesaian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Lepastu Mengadu Kerja Banyak" - Ramai Guru Sakan Buat 'Content' TikTok, Netizen Tak Jadi Nak Kesian