
TIDAK mahu dianggap seperti ‘pancang diguncang arus’, penyanyi tempatan Jess Joel Moriga tetap dengan pendiriannya untuk bersara daripada dunia hiburan.
Mengumumkan pengunduran dirinya dari pentas hiburan Sabah pada 16 Jun lalu, Jess berkata dia sudah bersedia sepenuhnya untuk melepaskan bidang yang diceburinya sejak empat tahun lalu itu bermula tahun depan.
“Ya, saya sudah bersedia untuk bersara daripada dunia hiburan biarpun lagu lama saya, Jatuh Cinta kembali masuk ke dalam carta Era Sabah.
“Mula-mula memang saya mahu bersara sebab merajuk dengan arena hiburan Sabah, tapi apabila difikir-fikir ada baiknya saya bersara,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
