“Saya Tiada Masa Nak Layan, Gila!..” – Gambar A.I Tak Senonoh Tular, Anna Jobling Malas Nak Layan Fitnah Orang

Entertainment
9 Nov 2023 • 5:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini seorang pelakon muda dikatakan akan mengambil tindakan kepada individu yang telah menyunting gambarnya menggunakan Artificial Intelligence (A.I) yang berjaya menimbulkan fitnah di kalangan netizen.

Anna Jobling dikatakan terkejut apabila mendapat berita gambar-gambarnya yang telah disunting itu tersebar di merata tempat. Kata Anna, dia menganggap perbuatan tersebut mengarut dan hanya inginkan perhatian.

Gila! Memalukan dan kalau tak dibentung boleh timbulkan fitnah.

Bagi saya benda tu mengarut. Saya tiada masa nak layan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Pada masa yang sama, Anna tidak risau jika peminatnya ada yang percaya gambar yang tidak bermoral itu kerana baginya jika mereka betul peminat setia, mereka akan tahu cara dirinya berpakaian, pergaualan dan sebagainya ujar Anna.

Sebelum ini sempat tular di laman TikTok gambar-gambar aktres Malaysia yang diubahsuai menggunakan A.I menjadi tidak senonoh.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Fitnah Akhir Zaman!" - Mira Filzah, Anna Jobling Dan Sophia Albarakbah Antara Mangsa Sunting Foto B*gel Ciptaan A.I