Saya Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri Dan Juga Menteri Kewangan – PM

Politics
6 Dec 2022 • 11:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Saya Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri Dan Juga Menteri Kewangan – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri termasuk juga gaji sebagai Menteri Kewangan.

Menurut Astro Awani, beliau berkata terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan adalah tidak benar sama sekali.

“Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja. Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekali gus,” tulisnya dalam muat naik ciapan di Twitter rasminya pada semalam.

Terdahulu dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, sekali lagi beliau telah menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan berkenaan.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan langkah pertama yang beliau lakukan bagi menarik semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Pada Isnin lalu, Anwar juga turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet telah bersetuju untuk melakukan pemotongan gaji mereka sehingga 20 peratus. Pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas keadaan ekonomi negara kembali pulih.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved