‘Saya tidak dipaksa terlibat dalam dunia politik’

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 9:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Saya tidak dipaksa terlibat dalam dunia politik’

JELEBU: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Klawang, Danni Rais menegaskan penglibatannya dalam dunia politik bukan kerana dipaksa bapanya, Tan Sri Rais Yatim, sebaliknya lahir daripada keinginan sendiri untuk berkhidmat kepada rak­yat.

Beliau yang mewakili Parti Wawasan Negara (Wawasan) berkata, meskipun bersyukur mempunyai seorang bapa yang dianggap sebagai tokoh politik dan banyak membimbingnya, keputusan untuk aktif dalam dunia politik dibuat atas kere­laan sendiri.

“Kita tidak dapat memilih ibu bapa kita. Saya bersyukur mempunyai seorang bapa yang dianggap sebagai seorang tokoh politik dan beliau banyak membantu. Tidak timbul soal dibayangi oleh beliau. Sekarang beliau bergerak sendiri dan saya juga bergerak sendiri.

“Namun, saya tidak dipaksa untuk terlibat dalam dunia politik. Sejak kecil saya mengikut beliau dan saya rasa sudah sampai masanya untuk saya sendiri berkhidmat kepada rakyat,” ka­tanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pasar Tani Kuala Klawang, di sini semalam.

Mengulas mengenai pencalonannya buat kali kedua di Klawang, Danni berkata, pengalaman yang diperoleh sebelum ini memudahkan gerak kerjanya bersama jentera parti sepanjang kempen.

Katanya, pencalonan kali ke­dua juga membuktikan beliau tidak pernah meninggalkan kawasan selepas tewas pada pilihan raya lalu, sebaliknya terus turun padang sepanjang tiga tahun bagi meneruskan khidmat kepada penduduk.

“Itulah yang saya mahu buktikan. Kita bukan jenis yang mudah berputus asa. Insya-Allah kali ini kita berjaya.

“Namun dalam demokrasi, undi tetap terpulang kepada rak­yat sama ada mahu mene­rima tawaran yang kita bawa,” katanya.

Dalam pada itu, Danni berkata, antara perkara yang akan terus diberi perhatian adalah mendengar keluhan masyarakat Melayu dan Cina di Klawang serta mencari penyelesaian terhadap isu pembangunan di kawasan tersebut.

“Sebarang perubahan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya memerlukan masa serta perbincangan bersama rakyat.

“Kuala Klawang mempunyai potensi besar untuk dimajukan khususnya dalam sektor pelancongan dan saya yakin kawasan ini mampu dibangunkan dengan lebih baik serta menjadi destinasi yang lebih dikenali,” katanya. – UTUSAN

The post ‘Saya tidak dipaksa terlibat dalam dunia politik’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved