Saya tidak mudah 'dicah keting' - Anwar

Politics
24 Jul 2023 • 7:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan di Pusat Transformasi, Bukit Tiu pada Ahad malam. - Foto Bernama

image is not available
Anwar bersama Ahmad Zahid pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, Machang pada Ahad.

MACHANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan bahawa beliau tidak mudah 'dicah keting' walaupun kelihatan lembut mentadbir negara.

Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

"Mula-mula Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)... ingat Anwar (saya) ni baik sangat, buat salah ok.

"Saya ok, kamu nak cah keting...kamu ingat aku (saya) mudah untuk di cah keting," katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini pada Ahad.

**media[2277117]**

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, fokus utamanya ketika ini adalah menyelamatkan negara.

Ujarnya, pada masa sama beliau turut menyeru rakyat negeri ini untuk menyelamatkan Kelantan dengan cara menukar kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.