‘Saya Tidak Pernah Melihat Muzium Semahal Ini’- Netizen Ujar Tiket Borneo Cultures Museum Mahal

26 Jul 2022 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“RM10 pun dikira mahal ke?”

‘Saya Tidak Pernah Melihat Muzium Semahal Ini’- Netizen Ujar Tiket Borneo Cultures Museum Mahal. Baru-baru ini pihak Borneo Cultures Museum telah mengumumkan harga tetap buat pengunjung yang ingin ke Muzium yang terletak di bandar Kuching ini.

Namun, harga yang ditetapkan tersebut telah menjadi bualan netizen di media sosial. Ada yang setuju dengan kadar harga yang dikenakan, tetapi ada juga yang sebaliknya.

image is not available
‘Saya Tidak Pernah Melihat Muzium Semahal Ini’- Netizen Ujar Tiket Borneo Cultures Museum Mahal. Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum

Setelah 5 bulan kemasukan percuma, pihak Borneo Cultures Museum kini menetapkan harga yang berpatutan

Setelah 5 bulan pertama menyediakan bayaran masuk percuma, Borneo Cultures Museum kini telah menetapkan harga bayaran masuk bagi para pengunjung.

Cas bayaran masuk ini selaras dengan rundingan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama dengan Kabinet Negeri.

image is not available
Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum

Pada awalnya, cas bayaran masuk itu akan dikenakan 3 bulan selepas Muzium berkenaan dibuka, namun pihak kerajaan Negeri telah pertimbangkan dan menambah 2 bulan lagi bagi orang ramai untuk menikmati kemasukan percuma.

“Saya tidak pernah melihat muzium semahal ini sebelum ini.” – netizen

Meninjau ke ruangan komen, ada yang bengang dengan kadar harga yang ditawarkan tersebut agak mahal. Berikutan adalah komen netizen:

image is not available
‘Saya Tidak Pernah Melihat Muzium Semahal Ini’- Netizen Ujar Tiket Borneo Cultures Museum Mahal. Sumber: IG Borneoculturesmuseum

image is not available
‘Saya Tidak Pernah Melihat Muzium Semahal Ini’- Netizen Ujar Tiket Borneo Cultures Museum Mahal. Sumber: IG Borneoculturesmuseum

“Ingat diorang cuci artifak pakai air paip ke? RM10 dan RM20 pun dah dikira murah”

Jika anda berfikir secara logik, muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara ini memang memerlukan kos penjagaan yang amat tinggi. Jika anda fikir RM10 agak mahal, bagaimana pula dengan kos penyelenggaran muzium dan pemeliharaan artifak?

Sebelum ini juga pernah berkongsi pengalaman buruk pengunjung melakukan vandalisme terhadap artifak. Mereka turut mengeluarkan satu nasihat buat pengunjung yang akan melawat muzium tersebut di laman Facebook rasmi.

Ramai juga yang menyokong kadar harga tersebut:

image is not available

image is not available

image is not available

Bagi anda yang tertinggal dengan isu vandalisme yang pernah berlaku di Borneo Cultures Museum, anda boleh lihat pautan dibawah: