‘Saya tidak pernah minta Malaysia tuntut tanah yang telah hilang’

Politics
23 Jun 2022 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa laporan beliau meminta Malaysia menuntut Singapura dan Kepulauan Riau adalah tidak tepat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menjelaskan, beliau tidak pernah meminta negara ini menuntut tanah yang telah hilang.

“Saya cuba membangkitkan bahawa kita sangat bimbang kehilangan batu bersaiz meja tetapi tidak pernah (memikirkan) mengenai bahagian yang lebih besar tentang Malaysia apabila mereka mengambilnya daripada kita.

“Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah menjadi kesilapan kerajaan Johor untuk menafikan bahawa batu itu kepunyaan Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik Dr Mahathir menyatakan Singapura pernah dimiliki oleh Johor dan negeri berkenaan sepatutnya menuntut Singapura dikembalikan semula kepada Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, orang ramai seharusnya bersyukur kerana Mahkamah Dunia telah menganugerahkan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kepada Malaysia.

“Ia jauh lebih berharga daripada Pulau Batu Puteh, hanya singkapan batu. Kita patut bersyukur kerana Indonesia tidak mempertikai penganugerahan tersebut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved