“Saya tunggu saman..” – Steven Sim tak gentar, sedia hadap menantu Hadi demi pertahankan ATM

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyatakan kesediaannya untuk berdepan tindakan undang-undang daripada pemimpin PAS, Zaharuddin Muhammad, susulan kritikannya terhadap kenyataan berbaur perkauman yang melibatkan pelantikan seorang Leftenen Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbangsa Cina.

Dalam ucapannya di forum peringkat ASEAN anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) pagi tadi, Steven berkata beliau dimaklumkan mengenai hasrat Zaharuddin untuk menyaman beliau.

image is not available

Steven Sim tak gentar

Menurutnya, Zaharuddin telah menghasut sentimen perkauman dengan memperalat gambar pelantikan pegawai tinggi ATM tersebut, dan perkara itu turut diakui oleh PAS sendiri menerusi kenyataan media yang mengakui penglibatan ahli parti itu.

“Saya hanya bersuara melawan tindakan perkauman tersebut dan mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia. Sekarang, kamu nak ambil tindakan undang-undang terhadap saya?” katanya.

image is not available

Steven menegaskan beliau tidak akan berganjak dalam melawan sikap perkauman dan penghinaan terhadap pasukan keselamatan negara.

“Kalau kerana mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan martabat ATM maka saya mahu disaman oleh pemimpin PAS itu, saya bersedia!
“Saya tunggu surat saman daripada peguamnya,” katanya.

image is not available

Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap Zaharuddin atas kenyataan yang disifatkan rasis dan mencetus ketegangan kaum.

Menurutnya, perjuangannya itu mungkin kecil, namun ia dibuat atas prinsip mempertahankan perpaduan masyarakat dan maruah anggota ATM yang berkorban demi negara.

Sebelum ini, kenyataan Zaharuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan berhubung Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkenaan pangkat yang diterima.

image is not available

Tindakan tersebut mengundang kecaman sehingga Setiausaha PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa kenyataan itu adalah bersifat peribadi dan bukan dari parti PAS sendiri.

image is not available

Bagaimanapun, Zaharuddin tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya menghina penganugerahan pangkat berkenaan sambil menegaskan gambar yang dimuat naik bersama hantaran asal hanyalah sekadar hiasan.

View Original Article