“Saya Tutup Mulut” – Imej Baik Dah ‘Melekat’, Babak Ranjang Chae Jonghyeop Dalam Drama Baru Raih Perhatian

31 Jan 2024 • 12:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, Chae Jong-hyeop telah membuang ‘imej baik’nya dalam dunia lakonan.

Sebelum ini, pasti ramai yang mengenali Chae Jong-hyeop sebagai seorang pelakon yang sering membawa watak sebagai lelaki baik dalam pelbagai drama seperti “Nevertheless” dan “Castaway Diva”.

Kini, pelakon lelaki itu sedang membintangi drama Jepun berjudul “Eye Love You” bersama Fumi Nikaido, yang membawa kisah tentang wanita yang ada keistimewaan istimewa untuk membaca fikiran orang apabila dia melihat ke dalam mata mereka.

image is not available

Namun apabila dia bertemu dengan Yoo Te-oh (Chae Jong-hyeop), dia tidak boleh membaca fikirannya kerana ia dalam bahasa Korea namun, mula membuka hati kepadanya.

Dalam episod terbaru drama itu, hubungan mereka telah pergi ke peringkat seterusnya selepas mengaku mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Malahan, ada juga adegan ‘panas’ di mana watak Chae Jong-hyeop mula menanggalkan bajunya dan baju wanita itu di atas katil. Bagaimanapun, situasi itu hanya merupakan mimpi Yuri Motomiya (Fumi Nikaido) dan mula sedar apabila dia terjaga dari tidur.

Memandangkan ini merupakan kali pertama lelaki itu merakam adegan ranjang, penonton rata-rata memberi reaksi terkejut,

Saya menutup mulut, omo omo.

 

Wah, badannya..

 

Episod akan datang ia pasti bukan mimpi lagi.

 

Tak dinafikan Chae Jong-hyeop ni memang comel meskipun dalam adegan sebegini.

Korang layan tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.