“Saya ‘Upload’ Untuk Diri Sendiri..” – Mengaku Bersalah, Lelaki Hina Islam Didenda RM50K

21 Jul 2022 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, tindakan seorang lelaki menghina agama Islam dengan mengeluarkan kata-kata kesat telah mengundang rasa marah di kalangan masyarakat terutamanya yang beragama Islam dan sebelum di tahan oleh pihak polis, dia telah dipukul hingga berdarah oleh orang ramai.

Terbaru, lelaki terbabit dilaporkan mengaku secara sedar bahawa dia membuat dan memuat naik video menghina itu di platform YouTube dengan niat untuk menyakiti orang lain.

Difahamkan dari artikel Sinar Harian, pengakuan itu dibuat sendiri oleh individu bernama Mohd Nor’muzil Mohd Razalli di hadapan hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

image is not available

Dalam pada itu, dia turut berkata kandungan di dalam YouTube yang dimuat naik olehnya itu hanya untuk dirinya sahaja.

Sebenarnya video itu di upload untuk diri saya sendiri. Saya mengaku bersalah.

image is not available

Susulan itu, hakim memerintahkan agar tertuduh didenda sebanyak RM50,000 dan sekiranya gagal membayar, lelaki terbabit perlu dipenjara selama enam bulan.

Hakim turut memohon agar tertuduh untuk menginsafi diri dan bertaubat dari kesalahan yang dilakukan olehnya.

Sekadar info, sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dalam hujah pemberatan hukuman memohon hukuman serius terhadap tertuduh. Ini berikutan tindakannya yang dengan jelas menjatuhkan martabat dan kesucian Islam.

image is not available 4 hari lalu

"Kenapa Tiba-Tiba Jadi Macam Ni?" - Lelaki Hina Islam Rupanya Selalu Kongsi Kisah Nabi Di Youtube?