“Saya Yang Lahirkan Kamu, Yang Sayangkan Kamu Dahulu…” – Datin Patimah Ismail

LocalEntertainment
20 Aug 2024 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail di Instagram story mencuri perhatian dan menyentuh hati kerana ia dipercayai ditujukan kepada pengarah tersebut.

Saya yang melahirkan kamu, saya yang sayangkan kamu dahulu, saya masih dan akan sentiasa sayangkan kamu – Ibu kamu.

Hantaran itu dibuat selepas berita tentang anaknya memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kaza tular dan hangat diperkatakan di media sosial.

image is not available

Terdahulu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu menzahirkan rasa syukur sekiranya benar anaknya bakal berpisah dengan isterinya, Ira Kaza.

Katanya, meskipun sudah memaafkan keluarga Ira selepas apa yang telah berlaku namun semuanya sudah pun berlaku dan cucu-cucunya kini menjadi mangsa kepada perceraian Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

Nasi sudah menjadi bubur dan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.

image is not available

Datin Patimah turut mendoakan agar Syamsul ‘kembali ke jalan yang benar’ selepas tular berita bahawa anaknya telah memfailkan perceraian terhadap Ira disebabkan tiada lagi persefahaman.

image is not available 1 day ago

Datin Patimah Luah Rasa Syukur Jika Syamsul Yusof Bercerai Dengan Ira Kaza - “Alhamdulillah, Moga Syamsul Kembali Ke Jalan Yang Benar”