
Memiliki anak adalah satu rezeki dan amanah yang cukup besar buat semua ibu bapa di dunia ini. Tanggungjawab menjaga, mendidik hingga menjadi seorang anak yang berjaya pada masa hadapannya. Anak yang baik adalah anak yang diasuh dengan didikan yang baik dari ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu menonjolkan sikap yang positif kepada anak anak kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Tetapi sebaliknya pula kisah yang dialami oleh Adik Aliah(bukan nama sebenar). Kehidupan Adik Aliah sungguh mencabar semenjak dari usianya lima tahun. Kemelut rumahtangga keluarga Adik Aliah telah berlaku penceraian antara ibu dan bapanya. Akibat ketidak sefahaman antara kedua ibu bapanya telah mendera emosi Adik Aliah. Dia tidak mampu untuk membuat pilihan kerana umurnya yang masih kanak-kanak pada masa itu terpaksa akur akan segala keputusan yang diberi.
Adik Aliah kini tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di Johor Bahru. Siapa sangka langit akan selalu cerah. Semakin hari semakin mencabar kehidupannya. Didera, dipukul tanpa alasan. Malah ibu kandungnya sendiri sanggup melakukan perbuatan tersebut ke atas Adik Aliah. Tidak kurang juga bapa tirinya memukul hingga meninggalkan kesan pada anggota badan. Sepanjang tempoh Adik Aliah menghabiskan sisa kehidupan kanak kanaknya bersama ibu dan bapa tirinya. Kini dia telah menjangkau usia sepuluh tahun, dia nekad untuk melarikan diri pulang kepada ayah kandungnya.
Keberanian Adik Aliah melarikan diri pulang ke Kedah untuk menemui ayah kandungnya telah berjaya. Dia pulang dalam keadaan sehelai sepinggang.Namun, kepulangan Adik Aliah tidak diterima oleh ayah kandungnya kerana ayahnya sudah memiliki keluarga baru selama enam tahun kehilangannya.
Sudah dibenci ibu, malah dibuang bapa. Keadaannya yang tidak terurus, hilang tempat berteduh semakin hari semakin sukar. Suatu hari, Adik Aliah dijumpai oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka membawanya pulang dan menjaganya dengan baik. Keadaan Adik Aliah kini bertambah baik. Cuma Adik Aliah dikatakan perlu menjalani rawatan psikologi kerana keadaan dia adalah kesan daripada apa yang dialami sepanjang dia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya.
Sayangnya Adik Aliah apabila dia baru sahaja memulakan kehidupan baharu, sekali lagi dia diuji dengan penyakit kanser usus tahap empat. Pihak yang bertanggungjawab menjaga Adik Aliah tidak berputus asa membantu Adik Aliah semampu yang boleh. Tetapi keadaan Adik Aliah sangat kritikal pada masa kini. Mereka cuba menghubungi keluarganya tetapi bernasib baik kerana dapat dihubungi. Ibu bapa kandung Adik Aliah tiba di hospital tetapi tidak sempat untuk bertemu buat kali terakhir dengannya kerana Adik Aliah telah pergi menghadap Sang Penciptanya.
Buat semua ibu bapa diluar sana. Jangan lah jadikan anak-anak sebagai mangsa keadaan atas masalah yang dilalui oleh kita. Sesungguhnya anak-anak adalah anugerah yang terindah dan bernilai buat kita semua. Hilang mereka tiada pengganti.
@kakiwriting adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

![7 Tahun Sabar Menanti! Lelaki Sebak Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)

