‘Sayang Nak Buang..’, Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik

29 Apr 2023 • 1:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Macam mana nak buang tahi lalat ni dari baju? Dah cuci berulang kali tapi tak hilang

‘Sayang Nak Buang..’, Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik. Biasanya, tahi lalat atau kulat pada pakaian berlaku akibat kelembapan. Kadangkala kita tidak sedar bahawa ada pakaian yang masih basah atau lembap dalam bakul baju.

Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, susu atau kotoran anak mungkin melekat pada pakaian dan boleh menyebabkan tahi lalat pada pakaian tersebut jika tidak dibersihkan dengan betul.

image is not available
‘Sayang Nak Buang..’, Ini 4 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Fabrik

Mungkin anda boleh guna tips-tips ini untuk selamatkan baju kegemaran anda

Jadi, di sini kami ingin berkongsi beberapa cara untuk menghilangkan tahi lalat pada pakaian dan beberapa jenis kain yang boleh dilakukan di rumah.

1. Guna Pemutih Fabrik (Peluntur/ Clorox)

Pemutih fabrik adalah salah satu cara yang paling popular untuk menghilangkan tahi lalat pada fabrik. Cuci fabrik dengan menggunakan pemutih fabrik seperti Clorox atau Vanish dapat membantu membuang kesan tahi lalat dengan mudah. Pastikan anda membaca arahan pada label pemutih fabrik sebelum menggunakannya pada fabrik anda.

image is not available

Anda juga boleh larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.

2. Gunakan Larutan Air dan Cuka

Cara ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

image is not available

Rendamkan bahagian yang berkulat dengan 1 cawan cuka putih dan 1 baldi air selama 1 jam, kemudian cuci seperti biasa. Gunakan air suam panas semasa memberus dan membilas pakaian.

Untuk fabrik lain seperti langsir atau kain sofa, masukkan larutan cuka ke dalam botol spray dan semburkan pada bahagian yang bertahi lalat, kemudian cuci dengan serbuk detergen.

3. Gunakan Jus Lemon dan Garam

Jus lemon juga boleh membantu menghilangkan tahi lalat pada fabrik. Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.

image is not available

Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

4. Baking Soda

Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.

image is not available

Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. 

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: