“Sayangnya…” – Alya Iman Dikritik Makin Seksi, Pakai Dress Dedah Bahu, Dirangkul Erat ‘BF’

Entertainment
27 Jul 2023 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Alya Iman semalam telah mencuri perhatian netizen apabila dia tampil cantik bergaya ketika hadir ke satu Anugerah Telenovela di Kuala Lumpur.

Memakai dress labuh berwarna hitam dan jingga dan mendedahkan sedikit bahagian dada, Alya turut dilihat hadir bersama seorang jejaka dipercayai teman lelakinya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah apabila dia dikritik semakin seksi setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab tidak lama dahulu.

Tetap cantik menawan, pelakon drama Senafas Rindu itu turut menuai kata-kata tidak sedap didengar daripada warga maya apabila dia dilihat bergambar secara mesra dengan lelaki misteri itu.

Terdahulu, Alya Iman meminta netizen di luar sana untuk mengaitkan dirinya dengan arwah bapa, Allahyarham Azmil Mustapha dengan keputusannya untuk membuka tudung.

Ujar Alya, dia berasa sedih apabila tindakannya itu dikaitkan dengan arwah bapa kerana ia adalah keputusannya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Berhenti Kaitkan Saya Dengan Arwah Abah" - Alya Iman Sedih Nama Azmil Mustapha 'Dipetik' Netizen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved