“Sayangnya Shuib tiada di sini. Cinta & kasih tetap ada di situ” -Mamat Sepah

8 Jun 2023 • 7:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kumpulan lawak, Sepah dan Sepahtu nampaknya tidak lagi seperti di awal kemunculan mereka. Masing-masing sudah ada kerjaya sendiri dan bergerak melebarkan bakat mengikut pilihan mereka.

Namun begitu, hubungan antara Jep, Mamat dan Shuib masih lagi berjalan sebagai seorang sahabat walaupun mungkin tidak seperti dahulu lagi.

Lepak di konti dengan Jep dan Mawi

Mamat yang mengertai program Mega Spontan 2023 telah memuat naik gambar bersama Jep dan Mawi di konti Sinar FM apabila menjadi artis jemputan pada segmen Sinar Pagi bersama Jep, Angah, Rahim dan Siti Elizad.

Apa yang menarik perhatian adalah perkongsian gambar beserta kapsyen yang menyatakan bahawa mereka ‘budak-budak Kulai’ telah membawa impian yang sama di dalam industri seni.

Masih tetap ingat Shuib

lebih mengharukan, dia juga tidak melupakan nama sahabat mereka Shuib Sepahtu apabila menzahirkan rasa sedikit ralat tiada pelawak itu ketika bergambar.

Walau bagaimanapun, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad mengatakan yang cinta dan kasih sayang kepada sahabatnya itu tetap ada disitu bersama-sama mereka.

“Sayangnya Shuib tiada di sini.

“Cinta dan kasih sayang tetap berada disitu,” tulis Mamat.

image is not available

Mantap orang Kulai

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan mereka memandangkan masing-masing berasal dari kampung.

Warganet turut mengakui rindu dengan keberadaan Jep, Mamat dan Shuib di dalam satu gambar ataupun program bersama seperti di awal kemunculan mereka dahulu.

image is not available

 

Rindu gabungan mereka macam dulu

image is not available

Juara AF bertemu juara Raja Lawak

 

image is not available

Terbaik budak-budak Kulai

 

image is not available

 

Sumber: Instagram mamatsepah