“Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak

LocalEnvironment
6 Aug 2026 • 10:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki berkongsi keadaan Taman Warisan PKNS di Setia Alam yang dicemari sampah-sampah tin arak yang dibuang pengunjung.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan kira-kira lebih 10 tin arak yang sudah kosong dibuang merata tempat sekitar rumput di taman rekreasi berkenaan.

Papan Tanda Larangan Buang Sampah Merata Tempat Sudah Diletakkan Di Taman

Malah individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara tersebut turut meninggalkan kotak karton tin itu pada atas rumput.

Meskipun papan tanda larangan membuang sampah merata-rata sudah terpampang di taman, namun masih ada pihak yang sesuka hati melakukannya sekaligus mencemarkan persekitaran serta pemandangan.

Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Sumber: Threads (haarithm)

Individu Dakwa Selalu Lihat Warga Asing Minum Arak Di Taman

Dakwa seorang individu yang kerap berjoging di sana, tin minuman keras yang bertaburan itu adalah perbuatan sekumpulan warga asing yang selalu meluangkan masa dan minum arak di taman itu sekitar awal pagi.

Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Sumber: Threads

Taman Akan Tidak Terurus Jika Ia Jadi Port Geng Minum Arak – Lelaki

Jelas pemlik asal foto berkenaan dikenali sebagai Haarith, sekiranya kelakuan tidak bermoral ini tidak dibendung, terdapat kemungkinan taman itu tercemar seperti di Urban Park, Setia Taipan di Setia Alam.

“Taman Warisan PKNS kat Setia Alam ni kalau terus menjadi tumpuan golongan mabuk arak, lama-lama boleh jadi macam Urban Park Setia Alam dekat kawasan Setia Taipan tu. Ni gambar pagi ni, pukul 8 pagi, Rabu 5 Ogos. Mesti diorang minum-minum dekat sini malam tadi,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Urban Park Turut Dicemari Sampah Sarap

Dalam satu hantaran berbeza sebelum ini, Haarith turut berkongsi keadaan Urban Park yang dicemari sampah-sarap. Malah ramai juga individu yang bertindak meninggalkan sampah mereka di celah-celah pokok tanaman di sana.

View on Threads

Tong Sampah Tak Banyak, Tolong Bawa Balik Sampah Sendiri Jika Berkelah & Makan-makan Di Taman – Lelaki

Sementara itu, lelaki itu berharap agar semua pengunjung taman bertanggungjawab terhadap sampah sarap sendiri khususnya buat golongan yang selalu berkelah atau makan-makan di sana.

“Sesiapa yang datang sini buat picnic atau makan-makan sepatutnya bawa balik sampah sendiri. Tong sampah dekat sini bukannya banyak, cepat penuh.

“Selalu pagi Ahad dan pagi Isnin ada banyak sampah, tong sampah melimpah sebab ramai orang berkelah waktu malam. Sama-sama lah kita menjaga kebersihan tempat awam yang dikongsi bersama,” katanya.

“Sayang, Tempat Dah Cantik” – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa kecewa dengan sikap individu yang tidak prihatin tentang kebersihan tempat awam.

“Sayangnya, tempat dah cantik,” kata seorang pengguna Threads.

“Percayalah tak lama lagi habis rosak taman permainan tu. Buai putus dikerjakan diorang. Mereka mabuk tak ingat dunia,” tambah seorang lagi individu.

‘Selalu Bawa Anak Kecil, Tapi Rasa Tak Selamat’ – Netizen

Sementara itu, ada juga segelintir ibu bapa yang berasa tidak selamat untuk membawa anak kecil mereka beriadah di taman berkenaan.

“Tempat saya suka bawa anak-anak bermain dan sambil tu saya briskwalk. Tapi entahlah dekat sini rasa tak selamat. Menakutkan,” kata seorang wanita.

“Aduh, dah la saya selalu bawa anak main sini,” tambah seorang lagi warganet.

Seorang wanita turut mendakwa lokasi tempatnya selalu berjoging juga kerap berbau hancing dan penuh dengan sampah sarap.

“Dulu selalu joging dekat Setia Taipan sekali lalu bau hancing kuat dan botol bersepah. Tak lalu (nak bersenam),” dedah seorang wanita.

Beikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Image from: “Sayangnya.. Tempat Dah Cantik” – Ramai Kecewa Lihat Taman Warisan PKNS Dicemari Tin Arak
Sumber: Threads

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved