

Sayu, Kanak-Kanak Ziarah Kubur Ayah, Mengadu Pasal Kehidupan
Seorang kanak-kanak di Indonesia dilihat menangis di tepi kubur bapanya seakan-akan mengadu keperitan hidup yang dialami selepas ketiadaan insan itu.
Pemergian sosok ayahnya itu menjadikan rentah kehidupannya yang sunyi itu bertambah sayu, lapor Tribun News.
Video yang dimuat naik oleh pengguna @fadlirespek di TikTok menjadi tular selepas orang ramai terkesan dengan situasi yang dialami oleh kanak-kanak itu.
Preliyan, yang juga penjual kek memakai baju mengenakan baju lengan pendek berwarna biru bersama seluar panjang merah.
Dalam video tersebut, dia hanya bersandar di tanah perkuburan sambil tangannya memegang batu nisan.
Di sebelahnya diletakkan beg dan juga bakul yang dipenuhi kek untuk dijual untuk menyara hidup.
Selepas selesai mengadu di kubur ayahnya, Preliyan berdiri membawa bakul jualannya dan beredar dari tanah perkuburan itu.
Dia kemudiannya dilihat mula menjual makanan itu di pekan dengan kedua-dua tangannya memegang bekas tersebut.

Sambil berjalan mencari pelanggan, kanak-kanak itu sesekali berhenti melihat kasutnya yang terkoyak dan membetulkannya semula supaya dapat meneruskan jualannya.
Preliyan berjalan menuju ke bahagian tepi jalan untuk berehat sebentar dan apabila ditanya, secara tiba-tiba air matanya menitis keluar.

Ujarnya, dia menangis kerana barang dagangannya tidak terjual dan tiada pembeli mahu membelinya.
Video tersebut mengundang simpati orang ramai kerana berasa kasihan dengan makanannya yang tidak habis dijual.
Setelah video itu tular di media sosial, ia mendapat perhatian segenap rakyat Indonesia dan ada juga yang mengenali Preliyan.
Daripada kenyataan pemuat naik, difahamkan Preliyan telah ‘ditinggalkan’ arwah bapanya sekitar dua tahun lalu akibat ketumbuhan pada buah pinggang.
Bagaimanapun, ibunya sudah lama menghilangkan diri meninggalkannya hidup sendirian.
Sementara itu, kakaknya dikatakan menjadi pencari nafkah dalam keluarga dan telah berhenti sekolah tiga tahun lalu untuk menyara adik-beradiknya.
Warga maya simpati
Rata-rata warga Indonesia meninggalkan komen dengan memberi semangat kepada Preliyan.
Ramai yang mendoakan agar kehidupan Preliyan dimudahkan serta mendapat kejayaan sewaktu dia membesar.
“Pahit getir hidup akan membentuk dirimu menjadi seorang yang sabar, tabah, kuat, rendah hati, jujur dan berakhlak mulia,” kata Dayang.
“Semoga sihat Preliyan, semoga berjaya pada masa akan datang,” ujar Ikhlas.
Sumber: Tribun News, @fadlirespek/TikTok
BACA: Kerajaan Singapura Sahkan Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara, Mohon Maaf Pada Rakyat Malaysia
The post Sayu, Kanak-Kanak Ziarah Kubur Ayah, ‘Mengadu’ Pasal Kehidupan appeared first on Siakap Keli.
