JENAZAH pelakon Allahyarham Jaafar Onn selamat dimandi dan dikafankan serta dijadualkan akan dikebumikan selepas Maghrib.
Sayu dan pilu, video yang dikongsikan media memaparkan jenazah Allahyarham diiringi rakan dan keluarga di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (HSIS) mengundang air mata.
“Jenazah Allahyarham Jaafar Onn akan dikebumikan selepas Maghrib dan bergerak daripada Unit Forensik Hospital Serdang pada jam 3.15 petang,” kongsinya.
Salah seorang selebriti yang dilihat berada di sana ialah penyanyi Azizul Khamis yang kelihatan sebak tidak dapat menahan air mata.

Memetik perkongsian OhBulan, Azizul mendedahkan pengalaman dan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan bersama arwah.
Jelasnya, penghibur versatil itu banyak membantu memberi nasihat mengenai fesyen supaya imejnya kelihatan cantik.
“Pengalaman saya dengan arwah sejak saya melancarkan album pada 1985. Saya orang baharu ketika itu dan tak ada baju, jadi arwah yang sediakan baju sebab arwah nak saya nampak elok dan cantik.
“Banyak arwah tolong saya, memang kami banyak kenangan bersama, saya juga selalu bergurau dengan arwah.
“Antara gurauannya adalah dia suruh saya pergi ke Singapura. Ketika arwah di hospital pun dia tetap bergurau perkara sama, tapi saya tak tahu apa ada di Singapura,” katanya.
Sesungguhnya manusia hanya merancang dan ALLAH yang menentukan. Azizul terdahulu merancang untuk bertemu dengan Allahyarham dua hari lalu, namun tidak dibenarkan Allahyarham susulan keadaan rumah yang tidak selesa.
Biarpun tidak dapat bertemu mata, penyanyi lagu Kasih ke Mana Menghilang itu sempat bertanya khabar menerusi panggilan telefon.

Baca juga: Jaafar Onn sifatkan Rohana sahabat sejati
Baca juga: Sedekahlah walau secawan kopi & Jaafar Onn
“Sepatutnya dua hari lalu saya jumpa arwah, tapi dia tak bagi datang rumah dan suruh jumpa di Plaza Masalam, Shah Alam pada 6 April ini. Semalam baru dia ajak saya untuk pergi ke sana.
“Memang terasa pemergian arwah kali ini, bila tengok kawan-kawan kita pergi ia mengingat kita mengenai kematian. Sebelum ini Ibnor Riza, Nasir Wahab, Rohana Jalil, Maya Matahari. Saya terkilan tak dapat jumpa, tapi saya rasa puas sebab dapat berborak dengan dia melalui telefon.
“Walaupun tak dapat jumpa, dapat bercakap pun Alhamdulillah. Saya hendak minta maaf pada dia, tapi takut perkara itu sensitif sebab mungkin dia akan ingat sudah akan pergi.
“Ada baju-baju coat yang dia bagi saya masih pakai untuk buat persembahan. Dia juga memang cerewet dalam bab penampilan,” ujarnya.
Allahyarham Jaafar atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang meninggal dunia pada jam 11.32 pagi tadi ketika sedang menjalani prosedur endoskopi.
Mula menyertai kumpulan tarian pada tahun 70-an dan berkemahiran memasak serta mengandam, Jaafar pernah membintangi filem, sitkom dan drama popular seperti XX Ray, Suami, Isteri dan …..?, 18 Puasa di Kampong Pisang, Azura, Cili Padi dan Sambal.
Sumber: YouTube Sinar Harian, OhBulan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
The post Sayu perjalanan terakhir Jaafar Onn, pemergiannya undang air mata rakan selebriti. ‘Album pertama tahun 1985, arwah sediakan baju saya’ appeared first on SinarPlus.

