‘Sazah Ada Lipstick Tak’, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak

10 May 2023 • 3:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di TikTok, video ustazah mengajar kelas KAFA buat netizen terbahak

‘Sazah Ada Lipstick Tak’, Netizen Terhibur Gelagat Ustazah Muda Bersama Murid Tahun 2 Di Sarawak. Sebuah hantaran video di TikTok menarik perhatian ramai apabila seorang guru yang mesra disapa sebagai ustazah telah berkongsi telatah pelajarnya semasa berada di dalam kelas.

Dipercayai ustazah tersebut mengajar pelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pelajar tahun dua, di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.

Menurut video yang berdurasi satu minit itu, ustazah itu memaparkan perbualan bersama pelajar-pelajarnya yang berusia lapan tahun itu, sambil menyuruh pelajar menjalankan latihan di dalam kelas.

@elhauraaa

“banyak gilak ya sazah, sikmok tulis” “goodluck fit, biak kelas ktk la paling mencabar” gitu laa kehidupan #cikgu #tiktoksarawak #kafa #kuching #pendidikanislam #mengajarharussabar

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Soalan dan jawapan yang kelakar daripada pelajar

Bermacam-macam pertanyaan yang diajukan oleh pelajarnya kepadanya sehingga membuat netizen terbahak dengan soalan dan jawapan yang lucu itu.

“Ustazah ada bawa lipstick tak?,” ujar salah seorang anak muridnya yang membuat netizen geli hati kerana soalan yang diajukan itu.

image is not available
Sumber: TikTok

“Banyak sangat tu ustazah, taknak tulis. Tangan kami ni letih nak tulis,” kata seorang lagi anak muridnya memberi alasan tidak mahu menulis latihannya, turut buat netizen terhibur.

Netizen ‘throwback’ zaman persekolahan

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan bahawa ustazah zaman sekarang muda dan baik, bukan tidak seperti zaman dahulu, ada yang garang dan ustazah yang tua sahaja.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: Kosmo

Malah, segelintir turut mengimbas kembali dan merindui zaman persekolahan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga rindu untuk menghadiri kelas KAFA pada waktu petang.

Baca juga artikel yang berkaitan: