SC Gantung Lesen DDNK Selama 6 Bulan Bermula 6 Oktober, Ini Sebabnya

Business & Finance
13 Oct 2022 • 4:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai lesen pakar pelaburan saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang didakwa telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Susulan berita viral tu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dilaporkan telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) itu digantung selama enam bulan bermula 6 Oktober 2022.

Sedang buat rayuan

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, IPAM menegaskan penggantungan disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukannya mengenai pengurusan dana. Kini, mereka sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu.

Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.

Katanya lagi, pelabur tak perlu risau kerana pihak mereka ada rekod reputasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak 30 tahun lepas lagi. Peraturan dan kawal selia ketat turut ditentukan SC.

Komitmen dan keutamaan mereka adalah untuk menguruskan pelaburan pelabur dengan bijak dan mencapai matlamat idaman pelabur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.