SC Ingatkan Pempengaruh – Aktiviti Mempromosi Produk Pasaran Modal Di Media Sosial Mungkin Perlukan Lesen

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 1:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini mengingatkan yang mana mereka mengawal selia aktiviti pengiklanan dan promosi produk serta perkhidmatan pasaran modal kepada warga Malaysia. Produk pasaran modal ini meliputi seperti contoh platform dagangan, dana unit amanah, kriptowang, dan sebagainya.

Melalui kemaskini garis panduan, SC mengingatkan para pempengaruh terutamanya yang memfokuskan kewangan untuk mempunyai kelulusan berkaitan untuk mempromosikan produk pasaran modal di media sosial. Hal ini kerana mempromosikan produk pasaran modal memerlukan lesen daripada SC dalam keadaan tertentu, terutamanya yang membawa kepada aktiviti dagangan.

image is not available

Sebagai contoh, mempromosikan cerapan kewangan dan pengesyoran dalam produk pasaran modal tertentu kepada pengikut di media sosial, dengan jangkaan menerima pulangan ganjaran dalam bentuk komisen atau ganjaran affiliate, memerlukan lesen daripada SC. Penglibatan dalam aktiviti ini tanpa lesen merupakan sebuah kesalahan, dan boleh dihukum dibawah Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA). Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10 juta, atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Garis panduan yang dikemaskini turut menyentuh berkenaan walaupun berkongsi kepuasan pelaburan dalam sesuatu pasaran modal di media sosial – yang membawa kepada orang lain melakukan aktiviti membeli, atau menjual. Sekiranya perkara berkenaan membawa kepada keuntungan atau balasan, termasuk pemasaran affiliate, maka ia memerlukan lesen pihak SC. Selain itu, pempengaruh yang mempromosikan platform dagangan saham atas-talian tanpa lesen boleh dikenakan tindakan bagi kesalahan membantu atau bersubahat dalam menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Bagi anda yang berkongsi pelbagai perkara di media sosial, terutamanya berkaitan kewangan, boleh menyemak garis panduan baharu yang diterbitkan oleh SC berkaitan perkara ini.