johardy29/05/2026 - 11:55 Oleh Mohamad Iman editor@dagangnews.com KUALA LUMPUR 29 Mei - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menggugurkan 18 saham dan menambah 44 kaunter baharu dalam senarai sekuriti patuh syariah terkininya yang diterbitkan hari ini.
Syarikat pemasaran media sosial Foodie Media Bhd, pengeluar kontrak Globetronics Technology Bhd, serta peniaga mesin arked Semico Capital Bhd antara yang dikeluarkan daripada senarai berkuat kuasa pada Jumaat.
Turut tersenarai sebagai saham tidak patuh syariah ialah syarikat fintech, ManagePay System (MPay); syarikat-syarikat pembinaan Seremban Engineering Bhd, Ho Hup Construction, Ni Hsin group. Rujuk jadual dibawah untuk senarai penuh:

Saham Patuh Syariah
Semakan terkini SC itu turut menyaksikan kemasukan beberapa kaunter baharu ke dalam senarai patuh syariah iaitu syarikat reka bentuk cip SkyeChip Bhd serta Empire Premium Food Bhd yang mengendalikan rangkaian makanan Empire Sushi.
Sesebuah saham yang tidak lagi mematuhi syariah lazimnya akan mencetuskan aktiviti jualan oleh pemegang saham, khususnya pelabur institusi yang terikat dengan prinsip pelaburan Islam.
Selain aktiviti yang dianggap haram seperti perjudian atau alkohol, syarikat yang mempunyai tahap hutang berasaskan faedah yang terlalu tinggi juga boleh kehilangan status patuh syariah.
Senarai ini dikemas kini dua kali setahun, iaitu pada Jumaat terakhir bulan Mei dan November, berdasarkan semakan penyata kewangan diaudit yang diterbitkan di laman Bursa Malaysia antara 1 Oktober 2025 hingga 31 Mac 2026.
Senarai terbaharu kini merekodkan 886 kaunter patuh syariah daripada lebih 1,000 kaunter yang disenaraikan di Bursa Malaysia. - DagangNews.com

