Scammer guna logo PDRM, laman sesawang palsu takutkan mangsa

30 Jun 2023 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PDRM meminta orang ramai berhati-hati dengan kewujudan laman sesawang palsu yang menggunakan logonya.

SHAH ALAM - Sindiket penipuan bertindak semakin berani apabila menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) seterusnya mencipta laman sesawang palsu untuk memperdayakan mangsa.

Halaman palsu tersebut akan mengeluarkan notifikasi kepada pelayar kononnya mereka telah melayari laman sesawang berunsur lucah, propaganda, keganasan dan lain-lain.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, taktik digunakan adalah untuk menakutkan pengguna seterusnya meminta mereka membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan di dalam peranti yang digunakan akan musnah.

Katanya, sindiket turut menakutkan pengguna kononnya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada sebarang pembayaran dilakukan.

"Menakutkan pengguna kononnya mereka akan ditangkap sekiranya tidak membayar wang yang diminta.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menemui laman sesawang yang mencurigakan," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai mana-mana laman sesawang yang dilihat mencurigakan.

"Jangan mudah percaya dan mudah untuk terpedaya, lakukan semakan dengan lebih lanjut untuk mengetahui kesahihan berkaitan sebarang pautan yang dikongsi.

"Paling penting adalah tidak sewenang-wenangnya memberikan sebarang maklumat atau data peribadi kepada mana-mana pihak,'" katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved