‘Scammer’ guna Starlink – Pemimpin Myanmar

WorldTechnology
31 Jul 2026 • 5:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Scammer’  guna Starlink – Pemimpin Myanmar

YANGON – Pemimpin Myanmar, Min Aung Hlaing hari ini secara terbuka menyelar firma internet satelit milik Elon Musk, Starlink sebagai alat digunakan oleh industri penipuan dalam talian(scam)  yang semakin berkembang di negara itu.

Siasatan  AFP pada 2025  mendedahkan penggunaan peranti Starlink melonjak dalam industri tersebut, di mana penipu menyasarkan pengguna internet dengan penipuan percintaan dan perniagaan yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh  bilion dolar setiap tahun.

Dalam ucapan utama pertamanya di Parlimen sejak dilantik sebagai Presiden kerajaan awam Myanmar April lalu, Min Aung Hlaing menamakan Starlink ketika beliau menegaskan kerajaannya sedang membanteras sindiket-sindiket penipuan dalam talian.

“Kerajaan kami menganggap penipuan dalam talian dan perjudian dalam talian sebagai jenayah berat terhadap orang awam. Oleh itu, kerajaan kami tidak akan bertolak ansur sama sekali dan sedang membanteras serta menyekat mereka dengan sekeras-kerasnya,” kata Min Aung Hlaing.

Beliau mendakwa bahawa warga asing bertanggungjawab berhubung jenayah tersebut.

“Peralatan komunikasi yang mereka gunakan termasuk Starlink serta aksesori komputer, diimport secara haram oleh warga asing,” katanya.

Min Aung Hlaing mengetuai rampasan kuasa 2021 yang menggulingkan pemimpin demokratik Aung San Suu Kyi dan mencetuskan perang saudara berterusan. Beliau dilantik sebagai presiden kerajaan awam susulan pilihan raya yang sangat terhad.

Sejak perang bermula, kompleks-kompleks penipuan telah berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar dan  sering menggunakan pekerja yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dari  luar negara.

Parlimen disokong tentera meluluskan undang-undang minggu ini yang membenarkan hukuman mati bagi mereka yang menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat penipuan dalam talian.

Junta Myanmar telah lama dituduh menutup mata ketika industri haram itu berkembang, namun menghebahkan tindakan keras sejak Februari lalu selepas didesak oleh penyokong utama junta tentera, negara China, kata pakar-pakar.

Starlink mendominasi sektor komunikasi satelit global dengan beribu-ribu satelit di orbit dan beroperasi di berpuluh-puluh negara.

Pada Oktober tahun lepas, Starlink berkata, pihaknya telah memotong perkhidmatan kepada lebih 2,500 peranti internet di pusat-pusat penipuan Myanmar.

AFP telah menghubungi Starlink untuk mendapatkan ulasan mengenai kenyataan Min Aung Hlaing. – AFP 

The post ‘Scammer’ guna Starlink – Pemimpin Myanmar appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved