Scha Alyahya Nafi Dapat ‘Dana Luar’ – “Ayaaya Ini Usaha Saya Sendiri”

Business & FinanceWomen's Fashion
30 Aug 2025 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya, menjelaskan bahawa jenama fesyen miliknya, Ayaaya, dibangunkan sepenuhnya melalui titik peluh dan usaha sendiri tanpa menerima sebarang bantuan kewangan daripada pihak luar.

Menerusi perkongsian di Threads, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 42, menegaskan Ayaaya dibiayai dengan dana peribadi sepenuhnya, sekali gus menafikan dakwaan kononnya jenama itu disokong oleh pihak lain.

 

View on Threads

 

Jelasnya,

Ayaaya ini usaha saya sendiri. Tak ada siapa yang biayai, semuanya daripada dana peribadi.

Dalam nada berseloroh di Instagram Story pula, Scha berkata dia tidak keberatan sekiranya ada pihak berhati murni yang mahu menaja jenamanya. “Ada yang sudi ke?” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen berasa bangga melihat Scha terbuka berkongsi kebenaran mengenai perniagaannya. Ramai turut memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar jenama tersebut terus berjaya.

image is not available 2024-05-15 11:43:31

"Jangan Kita Sebar Permusuhan Hanya Kerana Tidak Sealiran Dengan Anda.." - Scha Al-Yahya Ulas Isu Boikot Artis

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved