SDAC anjur jelajah pameran Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu di Pulau Pinang dan Selangor

Cars
17 Aug 2023 • 11:48 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SDAC anjur jelajah pameran Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu di Pulau Pinang dan Selangor

zulfadli

17/08/2023 - 11:48

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia menganjurkan jelajah pameran Ford Experience Hub dengan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu ke dua lokasi yang akan datang pada bulan ini dan September depan.

Jelajah pameran ini akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium) di Pulau Pinang dari 16 hingga 20 Ogos. Seterusnya, antara 20 dan 24 September 2023, Ford Experience Hub akan berada di Setia City Mall di Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, pihaknya sentiasa mencari cara untuk membawakan nilai tambahan kepada para pelanggan.

"Ford Experience Hub merupakan ruang interaktif yang direka dengan fokus kepada keluarga Ford kami.

"Ia adalah tempat yang mana pemilik sedia ada dan peminat lain boleh datang dan berinteraksi dengan jenama Ford, menghayati dan mempelajari lebih lanjut mengenai kenderaan generasi baharu serta inisiatif berfokuskan pelanggan kami, dan menikmati tawaran eksklusif," katanya dalam kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, pelanggan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menerima sehelai t-shirt edisi istimewa yang berinspirasikan Baja 1000 semasa penghantaran kenderaan.

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Ranger Generasi Baharu lain akan menerima beg duffle percuma, manakala pelanggan yang menempah model Everest Generasi Baharu mendapat sebuah kerusi perkhemahan premium semasa penghantaran kenderaan.

image is not available

Bagi pelanggan yang membuat tempahan Ford Ranger Getaways akan mendapat hadiah segera berupa cawan keluli.

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu masih akan menikmati diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways. Tawaran ini hanya terdapat di Ford Experience Hub, sah sehingga 31 Ogos 2023 dan boleh digunakan semasa penghantaran kenderaan.

Pengunjung juga boleh melayari dan membeli pelbagai barangan gaya hidup Ford terkini di Ford Experience Hub.

Untuk pemilik Ford, mereka boleh mengetahui secara lanjut tentang Ford Ranger Getaways yang tersedia dari Ford Concierge, cara membuat tempahan, dan mendapatkan cawan keluli percuma.

image is not available

Sementara itu, pemilik generasi baharu boleh mempelajari lebih lanjut tentang Ford Inner Circle dan manfaat yang menanti mereka. Salah satu kelebihannya adalah taklimat penyegaran dan sesi individu dengan pakar Ford untuk mendalami pemahaman mereka tentang kenderaan yang baru diperolehi.

Keistimewaan lain ialah peluang untuk menikmati diskaun 30% untuk Ford Ranger Getaways dengan kod kad istimewa mereka. Kedua-dua Ford Ranger Getaways dan Ford Inner Circle adalah inisiatif yang dikendalikan oleh SDAC yang hanya disediakan untuk pelanggan di Malaysia.

image is not available

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual dan lokasi jelajah pameran Ford Experience Hub di seluruh negara, layari laman web Ford Experience Hub.

Mengenai SDAC dan Ford, orang ramai boleh mengikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube, atau lawati www.sdacford.com.my. - DagangNews.com