Seabad Tun M masih gagah berbakti, berbeza ideologi bukan alasan untuk menafikan jasa – Wee Ka Siong

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 10:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menzahirkan penghargaan sempena ulang tahun ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menyifatkan tokoh negarawan itu sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Menurut beliau, perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya menjadi halangan untuk mengiktiraf sumbangan besar Tun M sepanjang pentadbirannya.

“Biarpun berbeza fahaman politik, tetapi saya rasa kita semua boleh bersependapat bahawa terlalu banyak jasa Tun kepada Malaysia, terutamanya semasa pentadbiran beliau sebagai PM ke-4 pada 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003, sehingga digelar Bapa Pemodenan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Seabad Tun M masih gagah berbakti

Wee berkata, walaupun kini berusia 100 tahun, bekas Perdana Menteri itu masih kelihatan gagah dan menunjukkan semangat tinggi untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Terima kasih Tun atas sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pada usia 100 tahun, Tun masih gagah dan tetap bersemangat untuk berbakti,” ujarnya.

image is not available

Beliau turut menyeru generasi baharu agar meneladani semangat kerja kuat Tun M yang diakui sebagai pemimpin berjiwa besar.

image is not available

Dalam ucapannya, Wee turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan Tuhan.

“Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mendoakan Tun dikurniakan kesihatan baik dan sentiasa dalam lindungan Tuhan,” katanya.

Sumber: FB Wee Ka Siong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved