Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak

16 Oct 2022 • 9:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahap kepedasan setanding Carolina Reaper iaitu cili terpedas di dunia

Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak. Cili Goronong (Capsicum chinese) merupakan sejenis cili yang juga dipanggil sebagai Cabik Geronong amat popular di kalangan pencinta makanan pedas di Sarawak.

image is not available
Seakan-akan ‘Carolina Reaper’, Kenali Cabik Geronong Antara Cili Terpedas Di Sarawak. Sumber: Anim Agro

Hal ini kerana cili ini dikatakan antara cili yang terpedas di bumi kenyalang sehingga digelar sebagai Carolina Reaper Sarawak.

Hanya boleh didapati di Sarawak

Cili Goronong merupakan sejenis cili yang sangat pedas dan kajian makmal mendapati tahap kepedasan cili ini diantara bacaan 200,000 – 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3-4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 – 150,000 SHU).

Mungkin tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengenali akan cili geronong ini kerana ia sukar didapati di bahagian Semenanjung Malaysia.

image is not available
Biasanya dijual sepinggan RM 2 di pasar tani

Namun, di Sarawak cili ini mudah didapati di pasar-pasar tani ataupun super market dan dijual dengan harga yang sangat murah sekitar RM 2 setompok ( lebih kurang 8 biji).

Bentuk Cili Geronong memang unik kerana ia adalah berbentuk bersegi berkerekot dan agak twisted berbanding dengan bentuk bulat tajam atau berbentuk selinder atau lonjong pada cili besar dan cili api.

Tahap kepedasan bergantung kepada warna cili itu

Tangkai cili ini adalah sangat panjang sekitar 2.0 – 3.5 cm panjang dan kuat. Buah muda biasanya berwarna hijau dan ia akan bertukar kepada warna hijau oren atau hijau kekuningan apabila menjadi hampir matang.

Bagaimana pun Cili Geranong Tempatan yang telah matang dengan tahap kepedasan yang tinggi lazimnya akan berwarna Merah Kuat.

image is not available
Lebih matang lebih pedas

Cili Geranong adalah antara jenis cili yang amat pedas berbanding dengan Cili Besar dan Cili Padi. Kandungan ‘Capsaisin’ dalam cili ini terutama pada bahagian isi dalam yang berair akan mengigit kepedasannya pada mulut yang terkena air liur.

Malahan jika tangan ada pegang bahagian dalam isi Cili Geronong ianya akan menyebabkan rasa panas dan pedas.

Ketahui tumbuhan unik yang hanya didapati di Sarawak:

View Original Article