Seakan ‘Roda Gergasi’ Di Angkasa, James Webb NASA Dedah Imej Terkini Galaksi ‘Cartwheel’

Space
4 Aug 2022 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengeluarkan imej baharu galaksi Cartwheel yang kelihatan seperti roda gergasi dan seakan ‘dikelilingi’ habuk, lapor The Mirror.

Gambar kosmos itu didedahkan buat pertama kali menerusi teleskop James Webb milik agensi itu baru-baru ini sebelum dikeluarkan dalam kadar resolusi tinggi.

“Galaksi Cartwheel terletak kira-kira 500 juta tahun cahaya jauhnya dalam buruj Sculptor dan ia adalah pemandangan yang jarang berlaku.

“Rupanya seperti roda gerabak hasil kejadian perlanggaran berkelajuan tinggi antara galaksi lingkaran besar dan galaksi yang lebih kecil yang tidak dilihat dalam imej.

“Perlanggaran kadar galaksi kemudiannya menyebabkan lata kejadian yang berbeza dan lebih kecil antara galaksi yang terlibat termasuk Cartwheel,” memetik laporan itu.

image is not available
Gambar: NASA via The Mirror

Difahamkan, galaksi itu mempunyai dua cincin iaitu cincin dalam yang terang, manakala cincin kedua berwarna-warni dan tidak seperti galaksi Bima Sakti yang berbentuk seperti lingkaran.

Menerusi bantuan teknologi sebelum ini seperti teleskop angkasa Hubble yang melihat galaksi berkenaan, namun ia masih lagi penuh dengan kejadian misteri dengan imej yang tidak menunjukkan banyak habuk dengan jelas.

Bagaimanapun, melalui gambaran inframerah teleskop James Webb mampu melihatkan tahap kejelasan habuk terhadap galaksi berkenaan.

“Pusat galaksi itu mengandungi sejumlah besar habuk panas dengan kawasan yang paling terang menjadi ‘rumah’ kepada gugusan bintang muda yang besar.

“Sebaliknya, cincin luar itu difahamkan telah berkembang sejak 440 juta tahun yang terhasil melalui bintang dan supernova.

“Apabila cincin semakin berkembang, ia akan ‘membajak’ ke dalam gas sekeliling sehingga membentuk bintang,” jelas NASA dalam kenyataan seperti yang dilapor Mirror.

Sementara itu, NASA menjelaskan bahawa pengeluaran imej tersebut memberikan gambaran tentang evolusi galaksi dan bagaimana ia akan terus berkembang.

Menurut NASA, pandangan inframerah James menunjukkan bagaimana Galaksi Cartwheel telah berubah selama berbilion tahun.

image is not available
Gambar; The Mirror

“Hasil pemerhatian Webb menyatakan bahawa Cartwheel berada pada jangka yang sangat sementara, dan ia mungkin merupakan galaksi lingkaran biasa seperti Bima Sakti sebelum tercetusnya perlanggaran.

“Ia akan terus berubah sementara James Webb menunjukkan imej semasa Carthwheel dan memberikan gambaran pada masa lalu serta bagaimana alam semesta terus berkembang,” maklum kenyataan itu.

Sehingga kini, teleskop Jamess Webb yang paling canggih pernah dilancarkan dan bernilai RM42.1 juta itu telah menghantar semula imej dari perlanggaran Galaksi Cartwheel serta memberikan para saintis lebih ‘wawasan’ mengenai pembentukan bintang dan lubang hitam galaksi.

Sejak pendedahan gambar menakjubkan itu dibuat, Webb telah meneroka cakerawala hingga ke hujung alam semesta (setakat yang diketahui) sekaligus membawa kepada era pembaharuan penemuan astronomi.

Sumber: Mirror