
Ahad lalu, pelakon dan pengacara, Sean Lee, 30, membuat kejutan apabila tiba-tiba mengumumkan dia sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Bay Doucet, 26.
Pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagramnya itu mengundang pelbagai reaksi kerana ramai yang tidak dapat menghidu kisah percintaan pasangan ini.
Namun, ramai yang meluahkan kegembiraan dan memuji Sean dan Bay kerana masing-masing bijak menyembunyikan kehidupan peribadi mereka.

Perkahwinan pasangan ini dipercayai berlangsung pada 7 Julai lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada cenderahati yang diberikan kepada tetamu.
Bermula semalam, pengguna sosial media, terutamanya aplikasi Tiktok dapat menyaksikan saat-saat manis majlis perkahwinan Sean dan Bay apabila klip-klip video mereka mula tersebar dan sohor.
@seanlee2635 Sean & bay ️ ✨ #seanlee #artismalaysia #fyp #marriedlife #husbandwife #doayangbaikbaik #foryoupage ♬ Lagu Pernikahan Kita - Tiara Andini & Arsy Widianto
@seanlee2635 Officially husband & wife ️ ✨ #seanlee #artismalaysia #fyp #foryoupage #marriedlife ♬ Lagu Pernikahan Kita - Tiara Andini & Arsy Widianto
Kedua-dua pengantin nampak segak dan manis dalam persalinan moden rona putih. Baik Sean mahupun Bay, masing-masing kelihatan cukup bahagia dengan ikatan baharu ini.
Bagi yang tertanya-tanya tentang suri hati Sean ini, Bay merupakan pempengaruh, model dan juga pemilik butik pakaian 'preloved' di ibu negara.
Kehadirannya di media sosial meraih perhatian ramai kerana sering tampil unik dalam gaya vintaj yang berwarna-warni. Selain itu, wanita ini juga meminati bidang fotografi dan videografi, dek kerana itulah dia juga terlibat dengan kerja-kerja penciptaan kandungan.
Graduan reka bentuk komunikasi itu memulakan kehidupan profesionalnya dengan Riuh, platform yang menganjurkan f'lea market' yang melibatkan jualan makanan, bengkel kreatif, pameran dan persembahan secara langsung.
Acara inilah yang mempertemukan dia dengan dua rakan yang kemudiannya memulakan perniagaan butik preloved mereka.
Anda boleh intai aktiviti Bay di https://www.instagram.com/baydoucet/?hl=en. – Getaran, 9 Julai, 2024
Foto : IG Bay Doucet


