Sean Lee Wakili Malaysia Sertai Animasi ‘DC League of Super Pets’

Movie
13 Jul 2022 • 11:51 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan Warner Bros

Warner Bros. Pictures mengesahkan pelakon dan selebriti kelahiran Malaysia, Sean Lee menyertai barisan pelakon alih suara untuk filem “DC League of Super-Pets”, yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 28 Julai ini.

image is not available
Gambar ihsan Warner Bros

Suara Sean dipilih untuk menghidupkan watak Waffles iaitu anjing Terrier Boston yang tinggal di Metropolis. 

Menurut Sean dia sangat teruja apabila diberi peluang oleh studio Hollywood untuk sama-sama menjayakan projek istimewa ini

“Saya bersyukur kerana impian masa kecil untuk menjadi suara kepada watak dalam filem animasi kini menjadi kenyataan dan sangat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa ini,” katanya.

Walaupun hanya bahagian kecil, namun Sean sangat teruja dengan peranan yang diberikan itu sehingga dia mereka sendiri latar belakang untuk watak berkenaan. 

Sean membayangkan Waffles adalah anjing yang sangat jujur dari Subang Jaya, Malaysia, dan dibawa oleh pemiliknya yang berpindah ke Metropolis sebagai ekspatriat. Sesuai dengan latar belakangnya, maka Waffles mempunyai loghat Malaysia yang agak pekat.

Selain Sean, filem animasi ini turut dibintangi oleh Dwayne Johnson, Kevin Heart, Diego Luna dan ramai lagi. Tahniah Sean. – Getaran 13 Julai 2022

image is not available
Gambar ihsan Warner Bros

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved