“Seandainya Masih Ada Peluang Kedua” – Konon Nak Tebus Dosa, Lelaki Mahu Nikahi Bekas Ibu Mentua?

Entertainment
4 Jan 2023 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, seorang wanita berasal dari Indonesia dikenali sebagai Norma Rismala telah membuat pendedahan mengenai bekas suaminya, Rozy Zay Hakiki atau Rozy yang curang dengan ibunya sendiri telah menjadi bualan orang ramai.

Susulan penularan kes tersebut, sebuah akaun Facebook dipercayai milik Rozy mengakui akan menjadi suami yang lebih baik jika diberi peluang kedua.

Seandainya masih ada peluang kedua, aku akan berusaha menjadi suami yang baik untuk Norma Rismala.

image is not available

Dalam hantaran berbeza, Rozy didakwa meninggalkan komen di akaun Facebook milik bekas ibu mentuanya, Rihanah Anah sekiranya dia perlu menikahi mentuanya demi menghapuskan dosa hubungan gelap mereka.

image is not available

Bukan itu sahaja, akaun Facebook didakwa milik Rozy itu turut mempersoalkan sama ada kesalahannya akan dimaafkan Allah jika bertaubat.

Ya ini juga kesalahan terbesar dalam hidup saya. Apa Allah mahu memaafkan semua kesalahan saya jika saya bertaubat.

image is not available

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengesahan sama ada akaun Facebook itu sememangnya milik Rozy atau hanya akaun palsu semata-mata.

Malah, difahamkan akaun tersebut baru dibuat pada 27 Disember 2022 lalu iaitu tidak lama selepas pengakuan Norma tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

Baru Kahwin 3 Hari, Lelaki Ditangkap Basah Dengan Ibu Mentua Tanpa Seurat Benang - "Pernah Kantoi Berbalas Mesej Lucah"

View Original Article