“Sebab Dia Pakai Serban, Ramai Orang Lagi Percaya Dia” – Caprice

19 Sep 2023 • 8:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi rap, Caprice menafikan dakwaan bersubahat dengan wanita Indonesia bernama Mondy untuk menjatuhkan Ustaz Ebit Lew.

Caprice turut meninggalkan pesanan kepada ‘haters’ yang mencaci maki dirinya termasuk menuduhnya membayar Mondy supaya menunggu keadilan yang akan tiba.

image is not available

Terbaru, penyanyi ini menjawab dakwaan sahabat baik kepada Ebit Lew, Ustaz Derry Sulaiman kononnya Mondy mengaku berbohong di dalam podcast untuk mendapatkan wang.

image is not available

image is not available

image is not available

Kata Caprice, telefon Mondy sebenarnya telah diambil pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. Ini membuatkan Caprice tertanya-tanya bagaimana Mondy boleh menghubungi Ustaz Derry.

Dakwa Caprice lagi, wanita bertatu itu membahasakan dirinya Mondy bukannya Mondi seperti dalam mesej yang ditunjukkan Ustaz Derry.

Haih, macam banyak pula plot twist kes ini ya? Apa-apa pun kita tunggu sahaja siasatan penuh pihak polis.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.