“Sebab Muka Saya Melayu..” – Dikecam Dek Cuba ‘Tiru’ Jungkook BTS, Ini Respon Amir Ahnaf

5 Dec 2023 • 6:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Disebabkan video temubual majalah fesyen yang tular baru-baru ini, ada netizen yang menuduh Amir Ahnaf cuba meniru gaya Jungkook BTS?

Dalam sebuah temubual istimewa bersama media tempatan, pelakon muda yang sedang meningkat naik itu menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai video berkenaan. Katanya, dia menampilkan persona berbeza mengikut bidang berlainan iaitu imej lain ketika berlakon dan juga semasa menjadi model,

Kami hanya mengikut arahan yang diberikan oleh pengarah. Korang kena buka minda untuk menerima seni dalam berfesyen sebab yang berjoget depan kamera tu bukan Amir Ahnaf, tapi watak yang dibawa saya.

@mstarmalaysia Amir Ahnaf disamakan dengan Jungkook BTS… “Tak! saya Melayu” #sembangentertainment #mstar #amirahnaf ♬ original sound – mStar Official

Jelasnya lagi mengenai kritikan ramai,

Sebenarnya sebab saya muka Melayu kot. Kalau jambu, mesti okay. Dan stylist pun menggayakan rambut saya ala ala Korea, jadi ada yang tak boleh menerimanya.

Apabila ditanya sekiranya dia ada persamaan dengan Jungkook,

Tak tak, saya Melayu! Tak sama langsung.

Masing-masing ada watak sendiri kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.