Kebanyakan lagu-lagu lama di awal 90-an masih menjadi kegemaran pendengar kerana lirik-lirik lagu yang dikatakan mencengkam jiwa dan perasaan.
Lagu-lagu tersebut pula agak sukar didapati melainkan jika pendengar setia yang membeli lagu tersebut dalam bentuk DVD atau memuat naik menerusi saluran yang sah.
Namun begitu, didapati ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memuat naik beberapa koleksi lagu, dimasukkan ke dalam pemacu kilat USB dan dijual kepada orang ramai melalui jaringan TikTok.
Tinjauan ke TikTok mendapati, sambutan amat menggalakkan dimana USB tersebut sudah terjual dalam 22.3 ribu unit dengan harga RM8.99 seunit.
Sebanyak 56 buah lagu yang dimuat naik oleh penjual dengan menampilkan lagu-lagu rock jiwang seperti kumpulan XPDC, Visa, Ukays dan ramai lagi.
Tindakan peniaga ini dikecam ramai kerana didakwa telah melanggar hak cipta karya muzik tempatan.

Mfs earning RM200,000 from selling a playlist pic.twitter.com/pzhfkQy6O2
Ada juga yang mendakwa, kegiatan sebegini sudah lama dilakukan oleh peniaga di pasar malam terutamanya.
Sumber: MHaffizJ
The post ‘Sebab ni la ramai Rockstar Melayu miskin’ – Peniaga haram ambil kesempatan jual koleksi lagu Melayu 90-an di TikTok, dapat untung cecah RM200K appeared first on The Reporter.
