“Sebab Pernah Meniaga Tepi Jalan” – Ajak Shiro Beli Semua Ayam Percik Jualan Peniaga Raih Pujian [Video]

LocalFood
26 May 2025 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi golongan peniaga, sumber pendapatan utama mereka datang daripada pembelian barangan dari pelanggan.

Namun langit tidak selalunya cerah. Ada hari mereka untung namun ada juga hari diuji dengan ketiadaan pelanggan.

Pun begitu, keadaan sebegitu langsung tidak mematahkan semangat kumpulan ini malah ia dilihat sebagai cabaran dalam asam garam dunia perniagaan.

Pernah Ada Pengalaman Meniaga Tepi Jalan, Ajak Shiro Beli Semua Makanan Jualan Pasangan Warga Emas

Faham dengan kesusahan dan perasaan kerana pernah menjadi peniaga tepi jalan, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro menjadi perhatian apabila dia membantu membeli kesemua jualan pasangan peniaga warga emas.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ajakshiro_, kelihatan pasangan warga emas itu pada mulanya dilihat setia menunggu pelanggan dengan jualan hidangan ayam percik dan bihun goreng pada harga amat berpatutan iaitu RM4.50 dan RM1.50.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak menghampiri gerai jualan pasangan tersebut.

Teruja menyambut kehadiran pelanggan, lelaki warga emas itu dilihat terus membuka bekas yang mengandungi ayam percik jualannya.

Malah, ketika Ajak menyuarakan hasrat untuk membeli kesemua jualan mereka, pasangan warga emas itu terkejut pada masa yang sama menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan.

Peniaga Warga Emas Sebak Dengan Kebaikan Ajak

Apa yang turut menjadi perhatian, pasangan warga emas itu secara bersahaja bercerita kepada Ajak tentang kehidupan mereka.

“Mak cik menyewa dekat sini, tak de harta. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” jelasnya.

Selain membeli kesemua jualan peniaga warga emas berkenaan, Ajak juga dilihat menghulurkan beberapa keping wang RM50 kepada mereka sebagai ‘hadiah’.

Seperti sudah dapat dijangka, kedua-duanya terkejut seolah-olah tidak percaya dengan perbuatan pelawak berkenaan. Malah, mereka menganggap pemberian Ajak itu terlalu banyak.

Namun, Ajak tetap berkeras memberi wang tersebut hingga pasangan itu tidak putus mengucapkan terima kasih malah menzahirkan rasa syukur dan mendoakan Ajak.

“Hari tu ternampak mak cik dengan pak cik ni meniaga. Sekali sembang-sembang terdengar dia panggil suami dia Ayang, suami dia pulak panggil dia Manja. Rasa jealous.

“Diorang kaya dengan kasih sayang. Semoga Allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua.

“Ajak pernah juga meniaga tepi jalan gini masa kecil-kecil dulu. Berbunganya hati kalau jualan habis dan dapat tutup kedai awal. Boleh balik main dengan kawan-kawan,” tulis Ajak di ruangan kapsyen.

Difahamkan, gerai pasangan warga emas itu terletak di Jalan Bendahara, 2/1, Kuala Selangor, Selangor.

@ajakshiro_

Haritu ternampak Makcik dengan Pakcik ni meniaga..Sekali sembang2 terdengar dia panggil Suami dia Ayang…Suami dia pulak panggil dia Manja..Rasa jealous..Diorang kaya dengan kasih sayang..Semoga Allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua🤲 . Ajak pernah juga meniaga tepi jalan gini masa kecik2 dulu..Berbunganya hati kalau jualan habis dan dapat tutup kedai awal..Boleh balik main dengan kawan2.. Sekarang Alhamdulillah..Allah bagi team yg bagus utk berniaga..Ni aku pakai duit Bumbu Babah…Sebab memang dah niat..Aku bukan fikir nak untung sangat..Asalkan tak rugi ok dah… . Jangan lupa singgah cawangan terbaru Bumbu Babah di Central I City Shah Alam eh..Tadi baru first day..Weekend ni boleh singgah eh🤝 . #lensababah #bumbubabah #nasipadang #sayaajakdansayatidaksombong

♬ original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Perbuatan Baik Ajak, Ada Yang Tersentuh Lihat Respon Warga Emas

Perkongsian yang telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Ajak yang membantu pasangan warga emas tersebut.

Malah, ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi kaya seperti Ajak agar dapat berbuat baik dengan insan lain.

Pada masa yang sama, ada juga yang tersentuh melihat reaksi pasangan warga emas berkenaan ketika mendapat kejutan daripada Ajak hingga ada yang menyuarakan mahu menyokong perniagaan mereka dengan membeli hasil jualan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Sedekah Pun Kena Menunjuk Ke? Ye Kena! Supaya Ramai Orang Ikut Cara Ajak Ni”

image is not available

“Satu Benda Yang Aku Perasan, Ajak Sebut Hadiah Bukannya Sedekah, Itu Yang Terbaik”

image is not available

“Salah Satu Sebab Nak Jadi Kaya Bukan Sebab Nak Menunjuk Tapi Nak Bantu Orang Macam Ni & Tambah Rezeki Mereka”

image is not available

“Mak Cik & Pak Cik Isteri Saya Ni. Menitik Air Mata Tengok Video Ni, Diorang Ni Memang Peramah & Baik”

image is not available

“Ajak Ni Bukan Menunjuk, Dia Nak Sampaikan Kepada Manusia Selagi Ada Daya & Upaya, Kita Saling Bantu-Membantu”

image is not available

Source: