“Sebab pilih jadi artis bukan peguam, apa I cakap orang kata tak ‘layak’” -Uyaina Arshad

LocalEntertainment
18 Sep 2024 • 5:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan pelakon wanita, Uyaina Arshad merasakan apa yang dijelaskan sebelum ini seakan tidak didengar oleh sesetengah pihak hanya disebabkan dia seorang selebriti dan bukannya peguam.

image is not available

Uyaina Arshad dianggap tak layak bersuara

Dalam ciapan yang dibuat Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32 di X, dia turut mengakui hidup dalam lingkungan orang-orang terdekat yang bertugas sebagai peguam.

“Sebabkan saya pilih menjadi artis dan bukan peguam. Sebab tu apa yang saya cakap ada orang kata tak layak,” tulisnya.

image is not available

Uyaina Arshad dipetik netizen supaya disaman Abang Bas

Perkara tersebut dinyatakan pengacara Wanita Hari Ini berkenaan di platform X susulan memberi respon perkongsian seorang pengguna yang pelik dengan sikap sesetengah netizen berhubung isu Abang Bas baru-baru ini.

Disebabkan pemuda terbabit diwakili oleh seorang peguam yang mempunyai nama, netizen seakan tidak sabar melihat Uyaina disaman memandangkan pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu melibatkan Abang Bas berkenaan.

image is not available

Uyaina Arshad kategorikan pemikiran netizen di media sosial

Dalam pada itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya tersebut turut berkongsi pandangannya dengan mengkategorikan jenis-jenis pengguna media sosial berdasarkan komen yang ditinggalkan di mana-mana posting.

Menurutnya, respon daripada sesetengah netizen dilihat sangat membimbangkan di salah satu platform media sosial kerana cara mereka berfikir berbeza dengan sepatutnya.

image is not available

Baca komen rasa nak nangis dengan pemikiran mereka

Perkara tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata juga berasa bimbang dengan pemikiran sesetengah pihak yang merasakan isu-isu pedofilia seakan ringan melihat daripada komen yang ditinggalkan mereka di posting berkaitian isu viral itu.

image is not available

Ada netizen suruh saman menteri juga

image is not available

Ulas isu pedofilia pun kena kecam

image is not available image is not available

Terdahulu, peguam yang mewakili seorang pemadu bas meminta beberapa individu termasuk selebtiti bersedia untuk disaman memandangkan keluarga pemuda terbabit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan susulan kecaman yang diterima mereka disebabkan beberapa perkongsian yang dibuat individu-individu terbabit sehingga membawa kepad syak wasangka serta cemuhan kepada pemandu bas berkenaan.

Sumber: X Uyaina Arshad

View Original Article