“Sebabkan Ira Kaza Sekor Habis Pecah Belah Orang” – Syamsul Yusof ‘Tegur’ Caprice, Aaron Aziz & Farid Kamil

23 Mar 2023 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Konflik rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nampaknya semakin panas dan kecoh dibicarakan netizen di media sosial.

Selepas sidang media dibuat oleh Syamsul Yusof semalam, aplikasi TikTok dipenuhi dengan video-video temu ramah terbabit dan sudah tentu ia meraih perhatian ramai.

image is not available 18 jam lalu

"Ibu Cakap Saya Kena Sihir, Saya Buat Solat Istikharah, Bukan Ira Yang Mengganggu" - Syamsul Yusof

Selain isu JAWI dan permohonan maaf terhadap ibunya, Datin Patimah Ismail, Syamsul turut memberi komen kepada beberapa selebriti yang dikatakan turut masuk campur dalam masalah rumah tangganya.

Menerusi temu bual itu, Syamsul menegur Caprice yang terkenal dengan video memberi pandangan atau teguran berkenaan sesuatu hal.

Jangan bro, apa yang kau buat tu, tu batu api, in social media.”

Bukan hanya seorang, dia turut menyebut nama aktor Farid Kamil dan menyifatkan apa yang dilakukan suami Diana Danielle itu melampau.

Saya tengok Farid Kamil tu dah melampau sangat dah. Pasal dia sentuh pasal keluarga. Too much, man.”

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya bercakap tentang Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar.

Malah, segelintir individu sempat memerli dan berkata Ira Kazar menjadi punca beberapa selebriti bergaduh dan berbalah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available