
Kota Kinabalu: Seorang kontraktor berusia 28 tahun yang menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki lain ketika berada di jalan raya dipenjara sehari dan denda RM1,000 atau penjara lapan minggu jika gagal membayar denda.
Majistret Dzul Helmy Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Alvin Yap Vui Lun yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.
AdvertisementYap didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Christopher Lau, 43, jam 6.47 petang, 28 Disember 2024, di Batu 5 ½ Jalan Tuaran Bypass, Inanam.
Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Semasa mitigasi, Yap yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dan hanya hukuman denda dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes, kecederaan yang dialami mangsa serta kepentingan awam.
AdvertisementMahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian, mangsa sedang memandu kenderaannya sebelum sebuah kereta lain tiba-tiba memotong dan memberhentikan kenderaan mangsa.
Apabila mangsa keluar dari kenderaannya, seorang lelaki yang kemudian dikenali sebagai Yap telah menyerangnya tanpa sebab.
AdvertisementAkibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bibir, sakit pada hidung serta perut kerana ditendang oleh Yap.

