
Baru-baru ini, Mahkamah Wilayah Ponteverdra telah membuat keputusan memihak kepada seorang wanita yang meminta pampasan selepas bertahun-tahun ‘bekerja keras’ menjadi suri rumah sepanjang perkahwinannya.
Bekas suami wajib bayar wang pampasan
Susulan keputusan berpihak kepada belah wanita, bekas suami diwajibkan untuk membayar 88,025 euros (RM450,000) kepada wanita terbabit sebagai wang pampasan sepanjang membuat kerja rumah tanpa gaji sebelum ini.

Difahamkan dari laporan sebuah portal, kes ini berlaku ke atas pasangan yang sudah berkahwin selama 26 tahun, namun bercerai pada tahun 2022.
Suami hidup senang, isteri mula dari bawah
Perbezaan yang sangat ketara dari segi kewangan selepas pilih jalan untuk berpisah jelas kelihatan, dimana si isteri perlu bermula dari bawah, manakala si suami boleh menikmati segala yang dimiliki.
Jumlah wang pampasan itu berdasarkan nilai gaji isteri sepanjang menjadi suri rumah dan pada mulanya mahkamah menetapkan pampasan sebanyak 120,000 euro tetapi si suami meminta ia dikurangkan menjadi 60,000 euro.

Namun, wanita terbabit mendesak agar pihak mahkamah menaikkan jumlah berkenaan kepada 88,025 euro (RM450,000) kerana jumlah itu mencerminkan sumbangannya sepanjang perkahwinan mereka dan membesarkan anak.
"Tanpa Bukti, Tanpa Saksi" - Gugur Air Mata Isteri Pertahankan Maruah, Suami Tuduh Buat Zina Dalam Mahkamah
The post Sebagai ‘Gaji’ Isteri Sepanjang Jadi Suri Rumah, Mahkamah Wajibkan Suami Bayar Wang Pampasan RM450K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

