“Sebahagian Hasil Kita Akan Derma Pada Palestin” – Aeril Zafrel Jual Lamborghini, Berniat Mahu Bantu Sedara Islam

19 Oct 2023 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal di Malaysia, Aeril Zafrel, telah memuatnaik Story di Instagramnya menunjukkan bahawa dia telah menjual kereta mewah Lamborghini Aventador miliknya.

Menurut Aeril, kereta mewah tersebut jarang digunakan jadi dia mengambil keputusan untuk menjual daripada terbiar. Tambahan pula, pelakon ini juga berniat untuk membantu Palestin dengan sebahagian hasil dari jualan itu.

Selamat tinggal Lambo. Jarang pakai jadi jual jela. InsyaAllah sebahagian hasil kita akan derma kepada Palestin.

image is not available

Sumber : Instagram  

Dalam hantaran yang sama, terlihat Aeril dengan berat hati sedang mengucapkan selamat tinggal kepada keretanya untuk kali terakhir sebelum dimiliki orang lain.

Sebagai bukti, suami kepada Wawa Zainal ini tidak lupa untuk berkongsi screenshot bukti transaksi duit kepada bantuan Palestin dengan kapsyen “jom semua”.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Sama Dengan Israel, Dua-Dua Ambil Kesempatan" - Naim Daniel Berang Usahawan Popular Jual Produk Tema 'Palestin'