Sebak! Azrinaz Mazhar Hakim Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat YTM Puteri Ameerah Di Instagram – “Sayang Awak Sentiasa…”

29 Jan 2024 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim hanya mampu memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran puterinya, ang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah di media sosial sahaja.

image is not available 7 months ago

"Apa Rasa Tengok Anak Lalui Medsos Je" - Puji Puteri Ameerah Cantik, Ramai Kesian Baca 'Post' Azrinaz

 

Selamat hari jadi ke-16

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azrinaz memuat naik foto terbaru anaknya bersama isteri Pengiran Muda Abdul Mateen dan memberi ucapan khas buat YTM Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang ke 16 tahun.

Awak sudah berusia 16 tahun sayang. Happy Birthday to the one that I love infinity.

 

Bangga dengan pencapaian akademik anak

Bukan itu sahaja, Azrinaz turut berkata dia sangat bangga dengan pencapaian akademik anaknya serta sikap matang YTM Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah meskipun baru berusia belasan tahun.

Saya sangat berbangga dengan pencapaian awak dalam pelajaran dan tahap kematangan awak. Ucapan selebihnya biarlah ia kekal antara kita berdua. Sayang awak sentiasa AWB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Hantaran itu mengundang sebak dan sesetengah pengikutnya tidak dapat membayangkan perasaan Azrinaz yang berjauhan dan tidak dapat bertemu anak kandung sendiri.

Dalam pada itu, ramai turut memberi ucapan hari lahir buat YTM Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah selain turut memuji kecantikannya yang datang daripada Azrinaz.

Sementara itu, Azrinaz juga dilihat berkongsi semula video yang disunting khas mengenai puteri dan puteranya, Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Bolkiah dibuat oleh warganet di Instagram story.

image is not available image is not available