Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

11 Aug 2022 • 4:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

IBU insan yang paling berjasa. Pengorbanan demi pengorbanan, selepas hamil dan melahirkan, mereka umpama ‘malaikat kecil’ menjaga serta mengasuh dengan penuh kasih sayang.

Namun bayi di Sulawesi Selatan, Indonesia ini tidak sempat merasa hangatnya kasih ibu tatkala pergi buat selama-lamanya semasa proses melahirkan.

image is not available
Kredit foto: Kumparan

Momen menyayat hati bayi berusia empat bulan bernama Kimberly yang mewakili arwah ibunya, graduan bidang Pengurusan, Citra Fadhila Arsyad turut dikongsi pengguna Tiktok, Alsinthya Manda.

Kimberly yang turut menyertai perarakan majlis konvokesyen Universiti Andi Djemma, Kota Palopo, Sulawesi Selatan menyebabkan para graduan dan tetamu yang hadir tidak dapat menahan sebak menitiskan air.

Suasana majlis menjadi pilu apabila si kecil yang lengkap bulan memakai topi konvo itu didukung naik ke atas pentas mewakili ibunya untuk bergraduasi dan menerima skrol ijazah.

image is not available
Kredit foto: TikTok _alsinthya28

“Semalam seluruh bangunan menangis melihat anak ini datang mewakili orang tuanya,” kata Ketua Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan universiti itu, Nurjannah.

Malah Nurjannah menitiskan sendiri air mata lagi apabila menceritakan momen yang disaksikan apabila Kimberly menggantikan arwah ibunya kepada Detik.com.

@_alsinthya28 Wisudah hari ini terlalu mengandung bawang🥺#wisuda #fypシ #xyzbca ♬ suara asli – Alsinthya Manda’

“Ini adalah upacara tamat pengajian yang paling menyedihkan. Semua menangis termasuk pengerusi yayasan dan canselor utama.

“Tiada siapa yang tidak menangis semalam apabila Kimberly naik pentas menggantikan ibu bapanya,” katanya.

image is not available
Kredit foto: Detik

Kimberly yang didukung oleh nenek sebelah ibu dan turut ditemani nenek sebelah bapa.

Difahamkan bapa kepada Kimberly sepatutnya turut bergraduasi pada hari yang sama tetapi tidak dapat hadir kerana sedang menjalani hukuman penjara kerana terlibat kes perlanggaran pengguna jalan raya.

Justeru, Nurjannah berharap Kimberly menjadi anak soleh yang menjadi kebanggaan ibu bapanya pada masa hadapan.

“Anak ini adalah pilihan ALLAH yang diberi ujian walaupun tidak faham apa-apa. Semoga (Kimberly) menjadi anak yang soleh, berguna, dapat meneruskan impian ibu dan membanggakan ibu bapanya. Kami juga berharap agar ayahnya segera dibebaskan,” tuturnya.

Dalam pada itu, Nurjannah turut berkongsi Kimberly adalah bayi pramatang dan dilahirkan ketika usia kandungan Citra Fadhila lapan bulan. Punca kematian ibu muda itu ialah praeklampsia.

image is not available

Kadar kematian wanita semasa bersalin peringkat global pada 2017 ialah 211 bagi setiap 100,000 kelahiran yang mana 45 peratus daripadanya meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas bersalin.

Kematian ibu selepas bersalin boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan ia kebanyakan disebabkan komplikasi yang mungkin wujud sebelum kehamilan tetapi bertambah buruk semasa kehamilan, terutamanya jika tidak diuruskan sebagai sebahagian daripada penjagaan wanita.

Komplikasi utama yang menyumbang hampir 75 peratus daripada semua kematian ibu selepas bersalin adalah seperti berikut

-Pendarahan teruk (kebanyakannya terjadi selepas bersalin)
-Jangkitan (biasanya selepas bersalin)
Tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pra-eklampsia dan eklampsia)
-Komplikasi daripada bersalin
-Pengguguran

Sumber: Detik, WHO

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join

grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.